Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERSIMPATI DAN SIYAN LA KAT DIA !

YANG HANGPA SEBUK KAT DIA BUAT APA ? MAK PAK DIAPUN TAK MARAH, DAN DIAPUN RELA DALAM KUMPULAN TU !

KALAU DIA NAK JADI APAPUN BIAQ PI LA, HANGPA TAK PATUT SEBUK PASAL DIA, ITU DIA PUNYA PASAI LA !

KESIAN LA KAT DIA !!!

BERKATALAH RARA: 

 "Saya pernah digelar pelacur, anak haram, murtad dan kafir, dan sampai ada yang mengugut mahu merogol saya," katanya kepada Sinar Online.

 

Dicaci, ugut cabaran Rara 'bergelumang' dalam politik

Young Syefura Othman atau Rara
Syefura. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Lemparlah dengan kata-kata nista dan jelik sekalipun wanita ini terus utuh berjuang dalam parti disertainya.

Wanita kental yang mesra disapa Rara, atau nama sebenarnya Young Syefura Othman itu kini menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan.

Katanya, memilih DAP sebagai wadah perjuangan politik bukan sedikit cabaran dan dugaan terpaksa dilaluinya.

"Saya pernah digelar pelacur, anak haram, murtad dan kafir, dan sampai ada yang mengugut mahu merogol saya," katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya, walaupun dilemparkan dengan pelbagai kata-kata nista, beliau tetap kuat untuk terus 'bergelumang' dengan dunia politik pilihannya itu.

"Bagi saya kalau kita hendak menyertai politik kita perlu kuat.

"Jangan layan sangat kata-kata negatif orang, sebab kalau kita layan kita akan terus jadi lemah," katanya.

Rara ditemui selepas menjadi panel Wacana Sinar Siri 49 Menjelang PRU14: Kuasa Undi Wanita di Dewan Karangkraf, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.

Selain Rara, panel lain  Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ketua Srikandi PKR, Senator Siti Aishah Sheik Ismail dan Pengarah Ameerah Malaysia (Pas), Husna Hashim.

Rara berkata, beliau sedikit pun tidak terkesan dengan cemuhan diterima dab ugutan menerusi akaun media sosial palsu terhadapnya kerana yakin mereka yang melakukannya tiada kerja.

"Saya tidak pernah layan, kalau komen di FB, atau di mana-mana media sosial saya abaikan dan ambil yang positif sahaja.

"Untuk saya jadi lebih kuat, saya buktikan dengan hasil kerja saya," katanya.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Aku tak la nak kata hang tu pelacur ka, apa ka,,jauh sekali la ugut nak rogol hang tu...bukan sekadar islam tak ajar mcmni,,bahkan ugama lain pun menolak akhlaq buruk mcmni. Cuma,,aku heran,,kenapa hang p pilih parti yg memperjuangkan agenda kristian, lgbt dan konsisten menentang islam dan parti yg melanggar perlembagaan malaysia secara terangan? Jadi,,gelaran "bangang dan bahalol" adalah yg paling sesuai utk hang. Memang bahalol dan tersangat bahalol kecuali pd pandangan mat sapu khalwat bini org pan 0.5% ,,hang tere bagi puak2 pancacai dap.

Anonymous said...

Ishkkkk..bahaya sgt2 neh.
Wahib buat sesuatu neh.
JOM GELAKKAN PAS.

Anonymous said...

Ni klu masuk pas ni berebut2 lobai musang bejanggot nak ambik jadi bini muda no 3. Lobai kena cari sebijik lagi rumah baru ngan 4wd.

Anonymous said...

Husnah tu bini no berapakah?

Yaro Gabriel said...

www0518

polo outlet
ray ban sunglasses
ferragamo outlet
lacoste polo shirts
ugg boots
asics shoes
mbt shoes
canada goose outlet
coach outlet online
oakley sunglasses

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.