Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASYA ALLAH JAHATNYA ! MEREKA SEKARANG BERADA DALAM KUMPULAN PAKATAN HARAPAN ?

Friday, September 08, 2017

Benarkah Mahathir Terlibat Dalam Skandal Forex? Ini Jawapan & Buktinya.

Pada hari pertama RCI FOREX, Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata bahawa jumlah kerugian akibat urus niaga forex BNM dari 1991 hingga 1994 ialah RM31.516 bilion.


Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang merupakan saksi ke-16 pula memberitahu kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an berjumlah:
  • Kerugian RM3.503 bilion bagi tahun 1988 dan 1989
  • Kerugian RM31.506 bilion mulai tahun 1991 hingga 1994.
Maksudnya, BNM mengalami kerugian RM35.009 bilion iaitu 10 kali ganda daripada pelaburan yang bermula tahun 1988.

Seperti dijangka, Anwar Ibrahim tidak menyentuh nama Tun Dr Mahathir semasa memberi keterangan di depan RCI tetapi beliau menuding jari serta mengkritik keterangan Nor Mohamed Yaacob yang sebelum ini berkata, pihaknya belajar sesuatu daripada kerugian aktiviti Forex itu.

Nor Mohamed mendakwa pengalaman daripada kejadian itu telah membantu negara dalam menghadapi krisis kewangan Asia.
"Penegasannya itu tak masuk akal. Anda mesti bertanggungjawab. Negara tak perlu kerugian berbilion ringgit untuk belajar daripada sesuatu pengalaman. Dia patut balik ke sekolah perniagaan (untuk belajar semula)," kata Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir Mohamad seperti dijangka akan mempertahankan Anwar Ibrahim, rakan politiknya dengan mempertahankan laporan yang dibuat Anwar Ibrahim kepada cabinet berhubung kerugian yang ditanggung BNM daripada perdagangan FOREX.

Dr Mahathir mendakwa bahawa kabinet hanya dimaklumkan kerugian sebanyak RM5.7 bilion dan Anwar didakwa membuat laporan berdasarkan kepada audit Bank Negara Malaysia.

Tetapi yang tidak diberitahu ialah kerugian akibat bermain "judi" di dalam pasaran pertukaran wang antarabangsa itu telah disorokkan di dalam satu item perakaunan yang "luar biasa" dipanggil "deferred expenditure" atau perbelanjaan tertangguh.

Perkara ini telah dilaporkan dalam portal dan perbuatan ini boleh dianggap tidak beretika kerana kerugian dilaporkan sebagai perbelanjaan.

Dr Mahathir tentu terhutang budi kepada Anwar kerana tidak membangkitkan namanya padahal beliau adalah Perdana Menteri ketika itu.

Yang menimbulkan persoalan ialah Anwar Ibrahim sendiri pernah dilaporkan berkata bahawa Dr Mahathir terlibat secara langsung dalam skandal yang menyebabkan rakyat Malaysia kerugian sebanyak RM15 bilion - RM30 bilion.

Di antara buktinya ialah laporan TheEdgeMarkets bertarikh 24 September 2012 :
KUALA LUMPUR (Sept 24): Foreign exchange trading activities undertaken by Bank Negara Malaysia (BNM) in the early 1990s, which resulted to the central bank losing at least RM5.7 billion of its reserves, was approved by then Minister of Finance Tun Daim Zainuddin, with the support by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed.
The late Tan Sri Jaafar told me that the forex trading activities was conducted by Tan Sri Nor Mohamed Yakcop with the approvals given by both the Minister of Finance before me and the Prime Minister then. Go and ask them!" he said in Parliament on Monday.
http://www.theedgemarkets.com/article/anwar-daim-and-mahathir-approved-bnm-forex-trading-0
Allahyarham TS Jaafar Hussein, Gabenor Bank Negara Malaysia (Jun 1985 ' Mei 1994) telah memberi tahu Anwar Ibrahim bahawa perniagaan Forex telah mendapat kelulusan Menteri Kewangan sebelum beliau iaitu Daim Zainuddin dan Perdana Menteri ketika itu iaitu Dr Mahathir Mohammad.

Perkara penting ini tidak dinyatakan oleh Anwar Ibrahim di dalam kenyataan beliau. Sebaliknya, beliau hanya menuding jari kepada Nor Mohamed Yakcop sahaja.

Apakah Anwar akan menafikan laporan portal tersebut?

Malah, Lim Guan Eng DAP sendiri telah berkata bahawa penyelewengan dan spekulasi forex yang tidak bertanggungjawab itu telah mendedahkan Bank Negara kepada kerugian maksimum sebanyak RM270 bilion, iaitu tiga kali ganda KDNK negara dan lebih lima kali ganda rizab asing negara pada masa itu.

Seperkara lagi,ada 2 kenyataan bekas pegawai BNM yang perlu kita tahu :

1. Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor BNM mendedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah meminta BNM memberi penjelasan tentang kerugian yang dikatakan terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa itu. Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri ketika itu.
“Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mencecah AS$10 bi­lion. Pihak berkuasa mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ,” kata Murad.
2. Dr. Rosli Yaakop, bekas Pengurus Kanan Jabatan Ekonomi Bank Negara pula mendedahkan bahawa 4 orang orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing ialah Mahathir Mohamad (TMM), Dain Zainuddin (TDZ), Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.
"Diyakini bahawa arahan “pergi buat duit di pasaran pertukaran asing" kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad" kata Dr Rosli Yaakop.
"Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. Mereka, walaubagaimana pun mengambil arahan daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini." tambahnya lagi.
Perbuatan berspekulasi telah menyebabkan wang rakyat "going down the drain" dan rakyatlah yang terpaksa menanggung kerugian. Ini adalah satu jenayah besar.

Kita tunggu dan lihat seterusnya...

4 orang berkata:

Anonymous said...

Bila jawapan saksi RCC tak kena dgn tekak hadi dan pas maka akan keluarlah cacian drp pakkaramu dan para lobai....

Begitulah juga dgn saman 90j, rci memali, rci amanat hadi dan rci toyol's tabung memali.......

Frust hadi dan porntovi nak tgk madey kutti masok sg buloh

An Anonymous said...

Jom kita bantu pan naikkan sokongan 1%.. aku bimbang pan tak relevan lagi tak lama lagi...

Anonymous said...

Bahaya ni
Kena buat sesuatu ni
JOM GELAKKAN PORNTOVI

An Anonymous said...

Aku tak sampai hatilah pulak nak gelakkan angka 1%... hinanya jadi org pan..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.