Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBENARNYA SAIFUDIN BUKAN ORANG YANG LAYAK BERUNDING DENGAN PAS

Setiausaha Agung PKR kecewa dikecam

Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM – Setiausaha Agung PKR menafikan beliau meletakkan jawatan dan menganggap dakwaan itu sebagai adu domba pihak yang tidak mahu melihat PKR terus stabil serta Pakatan Harapan (Harapan) terus kuat.   

Mengulas lanjut mengenai khabar angin yang dikaitkan dengan ketidakpuasan hati terhadap arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai rundingan perlu dilakukan antara PKR dengan Pas itu, Datuk Saifudin Ismail Nasution berkata, beliau kecewa kerana menerima kecaman.

“PKR berusaha hampir dua tahun mendekati dan menyantuni Pas. Pelbagai usaha dan ikhtiar dibuat. 

Siri-siri pertemuan melibatkan Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Pengarah Pilihanraya Pas,” katanya.

Beliau berpendirian, setiap usaha dan ikhtiar harus ada garis masanya supaya ada kepastian dan memudahkan semua pihak.

Katanya, setiap usaha dibuat namun keputusan muktamar dan Majlis Syura yang memutuskan hubungan dengan PKR.

“Sampai macam tu PKR menunjukkan jiwa besar demi mencapai kerjasama terbaik guna mendepani Umno-BN pada PRU14.

“Rakyat dapat melihat dengan jelas usaha ini, saban hari Pas menunjukkan sikap dingin dengan PKR dan Harapan, sebaliknya mereka semakin lunak dengan Umno/BN.

“Di sebalik Harapan, yang mana PKR adalah parti komponennya membuat keputusan untuk mengukuhkan kerjasama bagi menghadapi PRU14 dan tidak lagi bekerjasama dengan Pas,” katanya.

Saifudin berkata, ketika Anwar tampil dengan nota dari penjara, Harapan juga membuat keputusan.

“Mengenali beliau secara dekat, Anwar seorang yang sangat menghormati setiap keputusan yang dibuat secara bersama dan tidak sukar untuk beliau faham mengapa Harapan membuat keputusan tersebut.

“Tidak sukar juga dilihat setelah diusahakan demikian lama, Pas tetap memilih jalannya sendiri. 
Adalah lebih utama PKR menumpukan sepenuh usaha dan tenaga membantu mengukuhkan Harapan dan menerima hakikat Pas telah ada pilihannya,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menemani Anwar di mahkamah, hari ini.

Katanya, komitmennya bersama PKR dan Harapan dan khabar angin peletakan jawatan adalah tidak benar.

“Kepada pihak yang berusaha mencipta khabar itu, menyebarkan dan kemudian merayakannya, saya maafkan,” katanya.

Terdahulu, Saifudin yang baru pulang dari London selepas menghadiri mesyuarat dengan Pengerusi Arakan Rohingya National Organisation, Nurul Islam selain bertemu wakil International Institute of Islamic Thought iaitu Dr Dziauddin Sardar dan Dr Anas Ali.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Uihhhhh....bahaya ni.
Wajib buat sesuatu ni.
JOM GELAKKAN PAS..

Anonymous said...

Apa yg dok susah hati sgt...PAS dah move on dah, dan dah tak hingin nak kerjasama, yg PKR dok terhegeh2 lg kenapa? Begaduh sesama geng nakkan org yg tak nak kan kita...kerja bangang namanya..

Anonymous said...

Begaduh lak kat media, double bangang

Endang Kusuma said...

Ass.. Perkenalkan nama saya Endang Kusuma asal dari surabaya seorang mantan TKI duluh kerja di malaysia. Izinkan saya berbagi cerita tentang kisah sukses saya... Saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada Mbah Wirang atas bantuan Mbah kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan pesugihan uang gaib beliau saya sekarang udah punya usaha sendiri... Duluh sih saya cuma buka2 internet dan secara tidak sengajah saya menemukan situs mbah wirang terus saya baca semua isi situs tersebut akhirnya saya langsung menghubungi beliau dan disitulah saya minta bantuan melalui pesugihan uang gaib dan beliaupun mau membantu saya... singkat cerita alhamdulillah selama 3 hari saya sudah melaksanakan persyaratan yang beliau sampaikan ternyata uang yg saya minta benar2 ada di rekening saya..saya tidak menyangka kalau saya bisa sesukses ini karna duluhnya saya bukan siapa2 bahkan saya juga sering dihina oleh orang2 sekitar... Alhamdulillah sekarang hidup saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya. Sekedar info bagi anda punya masalah ekonomi/hutang piutang dan ingin membuka usaha butuh modal besar ingin seperti saya silahkan minta bantuan kepada mbah wirang anda bisa telpon di (+6282346667564) atau untuk lebih jelasnya kunjungi situs mbah wirang dengan cara (#>>KLIK DISINI<<#) beliau juga bisa membantu melalui Nomer Togel, Pesugihan Pelet, Sewah Tuyul, Pelaris Usaha, Warisan dan lain2. semoga dengan adaNya pesan singkat saya ini bisa bermanfaat kepada semuaNya...



Wassalam.








Anonymous said...

Knapa pas bodo sgt?

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.