Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DALAM UMNO ADA PELESIT KE ?

Monday, January 23, 2012

RAZAK NUMIX PARASIT PEKUNG DALAM UMNO!!!


UMNO seringkali membuka ruang yang sangat besar kepada mana-mana orang untuk menyertainya, kemudian memberikan bantuan atas dasar perjuangan membentuk Melayu yang lebih bermaruah berbanding Melayu pada zaman penjajahan yang menjadi balaci dan abdi orang lain, termasuklah kepada golongan imigran.

Namun pada masa yang sama, UMNO juga membuka ruang kepada golongan PARASIT yang tidak peduli dengan perjuangan UMNO tetapi melihat UMNO sebagai ruang untuk mereka menghisap darah setiap manusia di negara ini. Menariknya, mereka berjaya menutup perangai busuk haramjadah itu kerana mereka kononnya menyokong UMNO. Dan yang terlebih-lebih menariknya, mereka ini pula membela orang-orang yang lapar kuasa dalam UMNO agar kehadiran mereka dilindungi dan kepentingan mereka dijaga.

Salah seorang daripada PARASIT yang paling jahanam di dalam UMNO adalah Razak Mohd Nor. Aku dah buat tiga pendedahan tentang Razak Mohd Nor dalam tiga posting sebelum ini:

(a) PENDEDAHAN BERCILI! SIAPAKAH RAZAK MOHD NOR DAN NUMIX ENGINEERING NI SEBENARNYA!

(b) PENDEDAHAN BERAPI! RAZAK MOHD NOR DAN NUMIX ENGINEERING YANG ZALIM!

(c) PERBICARAAN DUA PENGARAH NUMIX ENGINEERING DITETAPKAN PADA 11 APRIL!

PARASIT ini menggunakan UMNO untuk memperolehi pelbagai projek mega tetapi kemudian melakukan penipuan yang MAHA DAHSYAT. Penipuan itu tidak menjejaskannya kerana terdapat ramai pemimpin UMNO yang turut bersekongkol dengan PARASIT ini kerana PARASIT ini menaja mereka, terutama yang bercita-cita nak jadi Ketua Bahagian mahupun sebagai calon wakil rakyat.

PARASIT seperti Razak Mohd Noor sentiasa selamat berada di dalam UMNO kerana mereka bukan sahaja dilindungi, malahan kawan baik pun boleh dibelinya dengan wang ringgit yang dikaut daripada penipuan yang dilakukannya. Kawan-kawan baik ini pula akan mencari mana-mana individu yang akan mendedahkan tentang modus operandi dan penipuan yang dilakukan oleh Razak Mohd Noor untuk ditutup mulut, sama ada dengan cara perundangan, mahupun dengan cara yang mampu mereka fikirkan.

Selagi UMNO terus memberikan ruang kepada golongan PARASIT seperti Razak Mohd Noor yang bukan sahaja menipu dan menyedut segala duit untuk dirinya sendiri dengan menggunakan UMNO, selagi itulah, UMNO akan terus dicop sebagai parti yang membazir wang rakyat.


Kesilapan-kesilapan seperti ini sebenarnya adalah kesilapan-kesilapan paling bodoh yang dilakukan oleh UMNO. Seharusnya selain daripada berusaha mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi baru, UMNO juga seharusnya menghapuskan PARASIT-PARASIT seperti Razak Mohd Noor dengan seberapa pantas yang boleh. Semakin lama dibiarkan PARASIT seperti Razak Mohd Noor berada dan berselindung di dalam UMNO, selagi itulah UMNO akan terus mendapat imej yang teruk dan buruk.

Razak Mohd Noor telah terbukti sebagai CON-MAN. Kisah penipuan yang dilakukannya tidak hanya tercatat menerusi cerita lisan, tetapi juga menerusi paper-cutting, terutama sekali penipuan yang dilakukannya dengan menggunakan NUMIX ENGINEERING.

Jangan kerana terlalu hendak menjaga Razak Mohd Noor dan para pemimpin UMNO yang bergantung kocek dengannya, maka UMNO ranap seranap-ranapnya. Buktikan bahawa UMNO serius untuk membersihkan perosak-perosak dan PARASIT-PARASIT yang bersarang di dalam parti itu kepada umum memandangkan maklumat tentang Razak Mohd Noor, serta pemimpin-pemimpin politik yang bersekongkol atau dibiayai oleh wang penipuannya, amat mudah diperolehi!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.