Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT SELANGOR DAH JEMU DENGAN UMNO/BN



Umno kemaruk rampas Selangor
Posted on Monday, January 30 @ 23:00:00 PST by paktam

 
Oleh SAIDAH HAIRAN 
 
PEMIMPIN Umno-BN makin kemaruk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. Pel bahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh942VIF_h_EYPivQ0KAJ40hgwdyxPPn_5VYmmgwl3wOizVvfwnDpJTbv7mxSzvdEzGsuRbJ2TrI7OloKBAjXCaVk90aBUuj51XUVkvpl-U4ICDWg2m6cXlXbretVmj27agOp8l9KM28zM/s1600/Selangor_flag_svg.pnggai pendekatan dilakukan bagi meraih sokongan rakyat supaya memberi undi simpati kepada Umno-BN pada PRU13 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor yang juga Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sanggup menghabiskan masa dengan lawatan ‘walkabout’ ke kompleks PKNS, Shah Alam. Kononnya bagi mendengar keluahan serta membantu para peniaga menghadapi tekanan kenaikan kadar sewa.

Najib dilaporkan mahu menitis air mata apabila mendengar keluahan para peniaga yang resah de ngan kadar kenaikan sewa.



Sedang kan 70 peratus peniaga kompleks PKNS setuju dengan kenaikan kadar sewa yang ditetapkan PKNS.

Dalam pertemuan itu, pelbagai janji manis ditaburkan supaya peniaga terus menyokong Umno pada PRU nanti.

Jika peniaga di kompleks PKNS bijak politik, sudah tentu mereka akan berfikir apa pihak berkenaan buat setelah 50 tahun Selangor di bawah kuasa Umno-BN. Namun, tiada sebarang perubahan yang dilakukan terhadap kompleks PKNS. Mengapa setelah kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Najib baru berjanji akan menaiktaraf kompleks pernigaan itu?

Rakyat Selangor perlu bersyukur dan berterima kasih dengan Pakatan Rakyat kerana menyelamatkan wang rakyat. Jika Umno-BN masih berkuasa mungkin rak yat Selangor tidak dapat menikmati pelbagai kemudahan awam se perti air paip percuma.

Warga emas tidak merasai nikmat berbelanja bersama wakil rakyat dalam program ‘Jom Shopping’ dengan baucer RM100 untuk membeli barang-barang keperluan mereka. Manakala bayi yang baru lahir mendapat simpanan RM100 hingga berusia 18 tahun mendapat RM1,800. Begitu juga dengan pelajar Selangor yang mendapat hadiah RM1000 jika melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Apakah semua pemimpin Umno- BN selama ini mengutamakan kebajikan rakyat? Apa yang berlaku, ada hanya mementingkan periok nasi mereka dan suku sakat. Ini dapat dibuktikan apabila Ketua Pembangkang Selangor yang dulu Menteri Besar selama lapan tahun, Dr Mohd Khir Toyo didapati bersalah kerana terlibat dengan skandal jenayah rasuah.

Bukan Khir sahaja malahan beberapa pimpinan Umno Selangor yang tersenarai untuk didakwa kerana terlibat dengan skandal jenayah rasuah. Mungkinkah itu sebabnya rakyat Selangor masih ramai yang berada di paras miskin tegar walaupun Selangor merupakan negeri yang kaya dengan hasil negeri.

Bagaimanapun, hasil negeri itu tidak dapat dirasai oleh rakyat kerana sesetengah pemimpin Umno lebih gelojoh untuk menyalurkan kekayaan itu dalam poket sendiri, keluarga dan suku sakat mereka.

Sehinggalah PRU12, Selangor negeri termaju di Malaysia dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat. Bermula tarikh 8 Mac 2008, pimpinan Umno tidak akan senang dengan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya menambat hati rakyat Selangor.

Pelbagai tipu helah dilakukan oleh pimpinan Umno hanya semata-mata mahu mensabitkan ke salahan pimpinan Pakatan Rakyat.

Sekali gus mahu memecahkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat. Namun, ketelusan dan kejujuran pimpinan Pakatan Rakyat membela rakyat terbukti apabila satu demi satu manifesto Pakatan Rakyat dilaksanakan.

Dalam kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, Umno tidak berdiam sebaliknya terus menyusun strategi dan penipuan untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Terkini kerajaan Pakatan Rakyat diserang dengan isu sampah.

Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Selangor, Dato’ Seri Mohd Zain Mohamed mendakwa, kerajaan Pakatan Rakyat gagal mengatasi masalah sampah, air dan peniaga bumiputera.

Najib pula menyeru rakyat Selangor supaya menyokong BN semula bagi mengatasi masalah sampah, air dan sebagainya.

Mengulas tindakan itu, AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmood menegaskan banyak masalah sekarang timbul disebabkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa urus tadbir kerajaan Umno-BN selama 50 tahun menguasai Selangor.

Katanya, pimpinan Umno-BN yang menguasai Selangor selama itu tidak cermat berbelanja dan tidak mementingkan pelaksanaan jangka panjang untuk kepentingan rakyat Selangor.
 
Ekoran itu tegas beliau, kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa menanggung segala penyalahgunaan kuasa yang dilakukan Umno-BN. “Kita hendak betulkan perkara yang sudah sebati dengan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri memang memerlukan masa, bukan mudah kerana Pakatan Rak yat baru memerintah hampir empat tahun,” katanya.

Beliau mengakui ada sedikit masalah dengan kontraktor memandangkan kerajaan Pakatan Rakyat mahu mengambil alih urusan tersebut kerana mahu menyelamatkan wang rakyat.

Sebab itu berlaku sabotaj dalam kutipan sampah begitu juga de ngan keadaan jalan raya, peruntuk an daripada kerajaan Pusat langsung tidak diturunkan kepada JKR negeri.

“Insya-Allah apa yang kerajaan Pakatan Rakyat lakukan untuk jangka masa panjang dan menguntungkan rakyat,” katanya.

Menurut beliau, urus tadbir kerajaan Umno-BN dahulu nampak efisen tetapi mengeluarkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya.

Katanya, kontraktor pembersih sampah merupakan kroni Umno dan mereka tidak membuat kerja dan jalan paling singkat menyerahkan tugas mengutip sampah kepada majlis tempatan.

“Kerajaan dahulu bayar kepada kontraktor tetapi mereka tidak melakukan kerja dan tindakan tidak diambil sebaliknya wang rakyat dikeluarkan untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Tegas beliau, itu cara kontraktor kroni Umno memperolehi duit dengan mudah sekarang setelah Pakatan Rakyat mentadbir Selangor kerajaan ambil alih dengan menyerahkan tugasan kepada PBT dengan baik.

Menurut beliau ketika di bawah pemerintahan kerajaan Umno-BN memang rugi tetapi di bawah Pakatan Rakyat kerajaan memperolehi keuntungan dan inilah cara yang kerajaan mahu kembalikan perkhid matan lebih baik daripada kerajaan dahulu.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.