Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pas: Najib risiko jika BN menang tipis
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
25 November 2012
Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad
SHAH ALAM - Ramalan Barisan Nasional (BN) hanya akan menang 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan sekarang membuktikan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menjadi seteru politik paling digeruni Kerajaan Pusat sepanjang empat tahun ini dan satu risiko kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, realiti itu tambah meyakinkan dengan penemuan kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia.


"Dapatan Dr Shamsul Amri itu seolah-olah satu pengakuan bahawa kekuatan Pakatan Rakyat itu tidak boleh dipandang mudah sebab daripada 140 kerusi sekarang ini sudah merosot kepada 120 kerusi," katanya.


Berdasarkan hasil kajian yang mengambil kira prestasi dari pelbagai sudut termasuk pembentangan Bajet 2013 dan insentif yang diumumkan pada September lalu, Shamsul berkata, kemenangan akan memihak kepada BN.


“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis," katanya yang merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara.


Bagaimanapun Shamsul tidak menolak kemungkinan jumlah kerusi BN akan meningkat naik tetapi tidak akan turun kurang daripada 120 kerusi seperti yang diramalkannya.


“Kemungkinan jumlah kerusi yang akan dimenangi BN naik itu ada... berdasarkan pada apa yang berlaku Oktober dan November,” ujar beliau.


Mengakui bahawa ramalan Shamsul itu munasabah, Dzulkefly berkata, senario politik semasa membuatkan kedua-dua parti tidak dapat membuat telahan yang tepat - parti mana yang akan meraih kemenangan, waima untuk sebuah kemenangan tipis.


"Saya kira itulah antara sebabnya, mungkin kenapa Datuk Seri Najib yang mengetahui tentang realiti itu sehingga hari ini beliau tidak dapat membubarkan Parlimen," ujarnya.


Malah katanya, Najib secara peribadi akan berhadapan dengan risiko disingkarkan ekoran rekod buruk dalam karier politiknya jika hanya mampu memberikan kemenangan tipis kepada BN.


"Perkara ini berlaku kepada Pak Lah. Kerana kalau menang BN tetapi dengan kemenangan yang tipis, Datuk Seri Najib bakal menjadi orang yang kalah dalam pilihan raya ini kerana Umno-BN, Umno khususnya tidak akan mengizinkan beliau memimpin Barisan Nasional," katanya.


Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, kini semuanya bergantung pada kebijaksanaan rakyat untuk memilih parti mana yang lebih berhemah dalam mentadbir urus negara ini dalam tempoh di mana PR memberikan saingan kepada kerajaan di beberapa negeri.


"Makanya pertarungan PRU13 ini akan ditentukan oleh sejauh mana kedua-dua belah pihak dapat membuktikan siapa yang sebenarnya telah membuktikan dalam laluan empat hingga lima tahun ini, pentadbiran mereka itu lebih baik daripada yang lain," tegas beliau.


Untuk rekod, pada pilihan raya lalu, BN memperoleh 140 kerusi manakala pembangkang menang 84 kerusi, di mana ia adalah rekod terburuk BN.


PR optimis pihaknya akan menambah kerusi di Johor, Negeri Sembilan termasuk Sabah dan Sarawak.
 
  • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    Memang benar. Najib patut turun kalau menang tipis. tapi itu tidak menjadi masalah pada UMNO sebab banyak lagi pemimpin bawahan najib yang berkaliber ie. Muhyiddin, Zahid, mukriz dan ramai lagi.

    Tapi kita tgk PR. yang ada boleh sikit jadi PM, Anwar si Punaisihat Selangor tu je. yang lain takde. Kalau Anwar takde, kita tinggal pak lebai hadi ganu yang tak tau langsung bab dunia kecuali menangkap ikan. kalau hadi jalan, tinggal la orang2 yang bodoh dalam saf kepimpinan PAS yang sekolah pun tak tinggi macam mat sabun dengan Mahfuz omar.


    Kepimpinan yang ada otak sikit dalam PR bukan berada dalam PKR atau PAS, tapi dalam DAP.


    Dari aspek ni, UMNO lebih baik kerana dia ada succession method yang baik. dan orang2 dia pun berkaliber. sama ada si pengikut2 PR suka atau tidak, aku peduli ape. tapi ini lah realitinya.
    • Syed Munir · Top Commenter
      tu la sorg pun harapan. Nua brahim. Betul. Itu pun sisa UMNO yg dh tak boleh pakai.
    • Jalak Lenteng · Top Commenter
      AY..Mu tau tak dalam PAS pemimpinnya adalah 90 peratus lulusan universiti.
    • Senah Aje · Top Commenter · Skjt
      AY...kamu baru dpt bayaran ke......

      mgu depan bermulanya perhimpunan agung umno yg terdiri dari mulut2 naga yg kelaparan projek, mereka akan membincangkan secara detail dan berhemah mmane nk sapu harta n hak2 rakyat...

      akan ade org yg berhujah tanpa ilmu seperti keldai buasir...dan akan ade kaki upah yang tolong bersoran...tp kg tergadai.
      mereka tidak peduli tentang pendidikan bangsa melayu yg tertinggal.
      puak2 inilah yg menyebabkan pulau batu putih terlepas
      yg menyebabkan tanah ktm kt s`pore tegadai
      yang melelong air pd s`pore..
      yang melesapkan lbh 50 bilion sahan b.putra
      yang menghapuskan subjek b.melayu di sekolah2 (sekarang jd b. malaysia)
      yang mengadai lbh 1.3 juta hektar tanah rezab melayu
      yang menghapuskan kouta pend. melayu di ipta
      yang menghapuskan bisiswa melayu
      yang cuba menabalkan sultan baharu di kelantan suatu masa dahulu
      yang hapuskan emuniti raja2 melayu
      yang menarik bantuan perkapita di sekolah2 agama rakyat
      dll..........beribu2 lg jenayah umno........
  • Syed Munir · Top Commenter

    "Dapatan Dr Shamsul Amri itu seolah-olah satu pengakuan bahawa kekuatan Pakatan Rakyat itu tidak boleh dipandang mudah"

    Mcm tak yakin pulak si Dr muka problem ni yg pakatan dia ada kekuatan.
    • Syed Munir · Top Commenter
      kekuatan menghasut, memfitnah dan menokok tambah.
    • Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
      kekuatan menghasut, memfitnah dan menokok tambah = syed munir/umnongok
    • Syed Munir · Top Commenter
      aku tak kuat dlm bidang tu semua, mmg tak boleh lwn ko...
  • Long Ok · Top Commenter
    umno hampir bungkus,penipuan semakin gagal
  • Ibmsaad Saad Saad · Top Commenter · Advance Diploma in Public Administration
    Pandangan dan satu kajian oleh Datuk Prof.Dr Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu kebiasaan nya boleh diambil perhatian khususnya pemimpin UMNO sendiri. Sebagai ahli lama, berpendapat 'kepimpinan UMNO' goyah kerana tidak ada pemimpin yang berkrisma serta peka kepada perjuangan penubuhan UMNO itu sendiri. Pandangan dari Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor itu dari sudut pengaruh politik kepada rakyat ada kebenaran nya. Dilihat dari persefahaman pemimpin Pakatan Rakyat mereka memang ada kelebihan dari sudut kepekaan berjuang untuk semua rakyat Malaysia dengan strateginya, bentuk kesefahaman berorganisasi dan tanggungjawab antara 3 parti itu dalam Pakatan Rakyat dan antara mereka ada 'check & balances' dalam satu-satu perkara berkaitan dengan kepentingan...See More
  • Ben Karemo · Top Commenter · Uitm arau
    Buat je pilihanraya...baru tau berapa yg sebenarnya...

    Bagaimana nak dapat duit melalui kerje part time?Register untuk lihat maklumat lanjut.http://mohdaidil.stiforpmy.com/?SOURCE=Tagged
  • Long Daik · Top Commenter
    GERENTI NAJIB AKAN DITENDANG OLIH MAHATHIR SEKIRANYA UMNO MENANG TIPIS DALAM PRU KE-13 NANTI...keguane
  • Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
    ramalan prof kangkung jangan diambil peduli.....dia bukan prof ulung.....sebenarnya dia punya tikar mahu digulung.....rakyat nekad UNDI PR.
  • Meah Sudirman · Top Commenter · Youth Minister at International Court of Justice
    kalau be end xmau khilangan kerusi, cepat angkut mat bangla,awang burma,wak indon....hehehe...
  • Bro Otai · Top Commenter · Sepang New Village, Negeri Sembilan, Malaysia
    BN ibarat batang nyior yang sudah tua..batang nyior yang telah begitu tua dan tinggi buah nya telah tidak subur lagi..tak banyak dan buahnya kecil2...hahahaha andai kata najib dan muhyidin kalah dalam pru13 nanti tiada siapa bolih jangkakan maka siapakah pula yang akan jadi PM...jelas dalam bn dah kepupusan calun yang layak sebagai pm...apatah lagi calun2 yang cerdik dan berwibawa...rata2 rakyat tidak mahu lagi PM pindah milik untuk memimpin negara..
  • Mat Khabul Kabul · Top Commenter
    Adakah BN yakin dgn Bajet dan insentif yg diumumkan pd Sept lalu boleh mempengaruh pengund tanpa melupakan isu-isu besar yang di bawa oleh pembakang sejak DS Najib mengambil takhta.....
  • Wan Napi · Top Commenter
    sinar maaf ya tak ada gambar lain ke ...muka nampak bermasaalah aja...kesian aku tgk ....steman dia asyik org lain tak betul saja dari dulu ..
    • Tantra Asik · Top Commenter
      Tak sempat mandi org ni
  • Abd Halim Abbas
    kubuh BN di Sabah dan Sarawak sudah roboh pun....ini kalilah....
  • DzulsharifDzul Sharif · Top Commenter · Works at Kuli-kuli sahaja
    Huh..!! rupa2nya tranformasi Najib tak guna langsung..bukan makin byk kerusi parlimen bertambah tapi makin berkurang pulak......moga2 120 kerusi parlimen tu akan kurang lagi 20 menjadi 100 jer......maka PR boleh tubuh kerajaan mudah...cuma PR cari 2o lgi kerusi parlimen...aku doakan PR akan menang PRU 13..JEMU DAH DGN UMNO/BN NIH!
  • RedOne Shah · Top Commenter · Executive at MACRES
    maksudnya hayat najib akn pendek la ye tak kira siapa menang..... huhuhu kak mah pasti tak boleh trima
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.