Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
PRU13: Kerusi 'selesa' BN hanya 120?
G MANIMARAN
24 November 2012
Kerusi 'selesa' BN hanya 120?
Dr Shamsul mengakui walaupun kemungkinan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih memihak BN untuk kekal berkuasa.
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) yang kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan 'kelabu'”, kata Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.
“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.


Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.


Shamsul berkata, situasi prestasi ini bersandarkan pada hasil kajian pihaknya, September lalu dan kajian baru akan dikendalikan bulan depan dengan mengambil kira perkembangan sepanjang Oktober dan November.


Antara perkembangan penting sepanjang dua bulan lalu ialah insentif dan imbuhan yang diumumkan menerusi Bajet 2013. Antara lain, Bajet 2013 menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 dan pembayaran bonus satu setengah bulan kepada kakitangan awam.


Bajet 2013 telah diluluskan Parlimen, semalam dan pelaksanaan kandungan dijangka akan dilakukan mulai akhir bulan depan iaitu pembayaran bonus sektor awam.


Bagaimanapun Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia ini berkata, kajian pihaknya menunjukkan BN masih boleh membentuk semula Kerajaan Pusat dengan majoriti tipis.


“Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.


“Jumlah 109 ini berdasarkan data mereka, ini belum cukup untuk memerintah... untuk majoriti mudah pun, kita memerlukan 112 kerusi. Jadi, apa pun BN akan kekal berusaha meskipun majoriti mereka menurun,” katanya.


Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang.


“Kemungkinan jumlah kerusi yang akan dimenangi BN naik itu ada... berdasarkan pada apa yang berlaku Oktober dan November,” katanya.


PR yang dianggotai Pas, PKR dan DAP yakin akan memperoleh kerusi Parlimen tambahan dengan memperkukuhkan kedudukan di Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak yang menawarkan 56 kerusi Parlimen dilihat sebagai ‘simpanan tetap’ BN.


Minggu lalu, Pas mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk memanggil PRU13.


Spekulasi sebelum ini menyebut Najib akan memanggil PRU13 pada bulan Jun lalu, sebelum Ramadan. Bagaimanapun, spekulasi itu meleset dan spekulasi seterusnya  meramalkan September dan ia meleset lagi.


Mengambil kira kedudukan semasa, Shamsul tidak menolak kemungkinan Najib akan membubarkan Parlimen pada Februari, manakala pilihan raya akan berlangsung awal Mac.


Dalam satu temu bual Ogos lalu, beliau berkata, Najib seharusnya menggunakan tempoh mandat semasa sepenuhnya dan hanya memanggil PRU13 tahun depan.


Mengulas mengenai Perhimpunan Agung Umno 2012, katanya, pertemuan tahunan kali ini sangat penting untuk Najib, bukannya untuk Umno.
“Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi,” katanya.

Justeru menurut beliau, Najib yang juga Presiden Umno akan membawa partinya ke depan untuk menghadapi PRU13.


Perhimpunan Agung Tahunan 2012 akan berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember ini.


 
  • Shah Putra Adijaya · Top Commenter
    Cukup 55 tahun bagi BN perintah..sekarang masanya utk bagi kpd PAKATAN RAKYAT memerintah utk audit pemimpin2 BN....Ini la yg sgt ditakutinoeh pemimpin BN, utk pastikan mereka trus berkuasa dan tutup penyelewengan...maka disuruh ahli2 BN utk pertahankan mereka dgn memainkan sentimen perkauman dan keagamaan... MOGA RAKYAT MALAYSIA BERUBAH BERSAMA PR YG TERBUKTI TIADA REKOD RASUAH DAN PENYELEWENGAN PUN !!!
  • Ishak Abdol · Top Commenter · Senior System Consultant at IDA Singapore
    Apa yang di nyatakan oleh Prof. Ulung Datuk Dr. Samsul Amri adalah suatu political psychological deliberation, tactical mindset motivation dan political analysis calculation yang baik. Beliau menerangkan bagaimana faktor faktor perubahan semasa dapat mengubahkan kedudokan kerusi kerusi yang bakal di tandingi oleh parti politik, di mana ada kawasan undi yang berwarna hijau (selamat),merah (kurang selamat), oren (50-50), kelabu (belum selamat), hitam (tidak selamat) boleh di gunakan pakai bagi strategi menukar kawasan yang tidak selamat kepada selamat, dan juga menerangkan systematic maneuvering strategi boleh di gunakan untok mengubah kedudokan kerusi kerusi yang akan di tandingi.
    • Razman Rashid · Top Commenter
      siapa yg tak kenal prof kangkung?

      Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
      Daftar FREE dulu disini:
      http://stiforp.asia/wangmasuk
  • Ulun Tokou · Top Commenter · SMK Sanzac Kota Kinabalu Sabah Malaysia
    Kami rakyat Sabah mau tukar BN Dan musa aman yg korupsi
    • ~lu sembang nanti wa sengat ! ~
      sabah kt mana tu ? haaaa .. tgk la http://bit.ly/QfZco6 :) k
    • Cocd Bebas · Top Commenter · Manager at Rubber tapping
      ABU aku bersama UMNO. Insya Allah, kita doakan semoga peliwat,penzina,perasuah,pembedal bini orang,pemain ais cream di tandas,121 perdana,KTM,pengkhianat agama islam di jauhi dari menghampiri putrjaya sekaligus dan sekali gus tidak menjadi PM malaysia. Allahu Akbar.
  • Abu Abup · Top Commenter
    Ini prof. kangkung paling basi. Paling busuk pun buatlah analisis lebih detail, bukan speculation daripada otak kau yang tak seberape tu. Kalau kat US siap ada computer simulation lagi nak predict Obama menang ke tak.

    Bila kau buat sesuatu analisis, kau punya asas atau assumptions untuk model kau tu sangat penting affect kau punya results. Bagi aku diantara asas yang boleh digunakan untuk perdict berapa kerusi BN menang PRU13 ni ialah based on ratio orang pergi ceramah BN dgn PR pada PRU 13 dibandingkan dgn ratio org pergi ceramah BN dgn PR pada PRU lepas. Bagi aku perbandingan insentif BN untuk PRU ni dibanding dgn PRU lepas bukan asas yang baik untuk prediction kau tu. Kalau nak dikira janji PR lebih baik untuk PRU ni dgn turun harga kereta, minyak dll dibanding dgn manifesto PR pada PRU lepas. Kau ni mmg kangkung lah.
    • Abu Abup · Top Commenter
      Kalau prof kangkung ni kat tak reti computer programming utk buat simulation, aku boleh ajar FORTRAN.
    • Cocd Bebas · Top Commenter · Manager at Rubber tapping
      ABU aku bersama UMNO. Insya Allah, kita doakan semoga peliwat,penzina,perasuah,pembedal bini orang,pemain ais cream di tandas,121 perdana,KTM,pengkhianat agama islam di jauhi dari menghampiri putrjaya sekaligus dan sekali gus tidak menjadi PM malaysia. Allahu Akbar.
    • Abu Abup · Top Commenter
      Cocd Bebas Kau ni sorang lagi masih tak reti, aku takde masa nak komen panjang2 kat sini. Pertama apa yg kau kata tu fitnah (aku yakin kau refer kat DSAI). Kedua macam mana kita nak tahu PR lebih bagus dari BN, aku boleh predict yg PR lebih bagus berdasarkan audit negeri2 PR. Tapi ultimately kene kena bagi PR pegang putrajaya kalau betul2 nak tahu yg PR lebih bagus dari BN atau tak. Kalau PR lebih teruk, kita tukar BN balik PRU14. Aku tak faham ada lagi org yang benda simple macam ni pun takleh nak fikir. Ini lah tujuan pilihanraya, bahl*l.
  • Iman Hafiz · Top Commenter · Tauke Syarikat at Sendiri bisnes
    SB umnoo plak kata umnoo lingkup Pru kali ni.. sebab tu najib kecut perut nak bubar parlimen.... belum pernah dlm sejarah umnuu pm perintah sampai hujung penggal... setido-tido paklah pun parlimen bubar tahun ke-4..
    • Hisham Yahya · Top Commenter
      sesuatu yg menarik ialah prof ni membuat andaian berdasarkan maklumat yg diberi oleh Pakatan Rakyat. Boleh pakai sgt ke kata-kata yg Pakatan rakyat akan menang di negeri-negeri 'fixed deposit' BN? lagi satu prof ni kata kalau pilihanraya diadakan hari ni? Kalau tahun depan kita kena ambik kira jugak kesan BRIM dan bonus kakitangan awam yg pembayaran hanya dpt bulan disember dan januari 2013 nanti
    • Cocd Bebas · Top Commenter · Manager at Rubber tapping
      ABU aku bersama UMNO. Insya Allah, kita doakan semoga peliwat,penzina,perasuah,pembedal bini orang,pemain ais cream di tandas,121 perdana,KTM,pengkhianat agama islam di jauhi dari menghampiri putrjaya sekaligus dan sekali gus tidak menjadi PM malaysia. Allahu Akbar.
    • Ahmad Husny · University of South Carolina
      jika PR dah yakin boleh menang.... cuba suruh MB dan KM negeri Bubarkan DUN negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang... barulah kita tahu siapa yang tak ada telur... ini yang kita nampak Selangor dan Negeri bawah PR tak mahu adakan PRU serentak untuk DUN masing masing....
  • Senah Aje · Top Commenter · Skjt
    hijrah la
    jangan jadi macam air yang bertakung...tak mengalir, lama2 hanyir dan busuk.........
    • Hisham Yahya · Top Commenter
      betul tu. aku dah rasa hanyir bau air bertakung kat Kelantan ni sbb Pas tak mampu buat parit yg mapu mengalirkan air yg bertakung tu. cuku-cukuplah dah 22 tahun
  • Iffliea Abdullah · Top Commenter
    "Profesor Ulung" Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin buat ulasan setaraf Profesor Kangkung
    • Cocd Bebas · Top Commenter · Manager at Rubber tapping
      ABU aku bersama UMNO. Insya Allah, kita doakan semoga peliwat,penzina,perasuah,pembedal bini orang,pemain ais cream di tandas,121 perdana,KTM,pengkhianat agama islam di jauhi dari menghampiri putrjaya sekaligus dan sekali gus tidak menjadi PM malaysia. Allahu Akbar.
  • Mohd Salim Mostan · Top Commenter · IKM (Insttut Kemehiran MARA Johor Bahru)
    ..itu kata proop...allah lebih berkuasa apa yg akan berlaku d pru13 nanti....
  • Insan Shafa · Top Commenter · Saint Joseph University
    tak payah le nak bagi sedap hati sendiri ... Falda dah geng Israil, restu dari BN ... EAS punya hal, kebanyakkan ahli UMNO dah menjadi sangat marah ... Israil bunoh Islam ... Felda sapot minyak makan pulak .. aduuuuuh. UMNgok memang sedang menggali kubur
    • Cocd Bebas · Top Commenter · Manager at Rubber tapping
      ABU aku bersama UMNO. Insya Allah, kita doakan semoga peliwat,penzina,perasuah,pembedal bini orang,pemain ais cream di tandas,121 perdana,KTM,pengkhianat agama islam di jauhi dari menghampiri putrjaya sekaligus dan sekali gus tidak menjadi PM malaysia. Allahu Akbar.
  • Long Daik · Top Commenter
    DAH TAHU UMNO DAN BN MENANG.......BUBAR SAJA PARLIMEN......INI TAK....SENTIASA PINDA TARIKH BILA NAK DIADAKAN PRU.....LAGI PUN NAJIB INI JENIS AYAM BETINA...SENTIASA BERADA DIDALAM KETAKUTAN....keguane
  • Fuad Husain · Top Commenter · Tukang kayu at Kementerian Pelajaran Malaysia
    "Sertai saya di #DemiRakyat dan jadilah perubahan yang kita mahu di negara kita. Kami memerlukan anda. Tontoni video di http://www.demirakyat.my/"
  • Kura-Kura Terbang · Top Commenter
    ramalan aku pula,BN bakal KALAH TERUK,hanya akan memiliki paling maksimum 55 dari jumlah kseluruhan kerusi parlimen. HE HE !
    • Cocd Bebas · Top Commenter · Manager at Rubber tapping
      ABU aku bersama UMNO. Insya Allah, kita doakan semoga peliwat,penzina,perasuah,pembedal bini orang,pemain ais cream di tandas,121 perdana,KTM,pengkhianat agama islam di jauhi dari menghampiri putrjaya sekaligus dan sekali gus tidak menjadi PM malaysia. Allahu Akbar.
    • Kura-Kura Terbang · Top Commenter
      setuju! itu semua ciri2 pemimpin amno...kehkehkeh...
  • Marzuki Mahmud · Top Commenter
    Ini lagi sorang prof kelabu. Kalau setakat pendapat dan analisis agakan saja, aku yg hanya spm pun boleh bagi pendapat
  • Yang Reti Base · Top Commenter
    Pada bacaan aku, UMNO/BN pasti akan kecundang besar!
    Semoga bertakhtalah PR di Putrajaya. Amin.
  • Prince Harith · SKKST
    bohong belaka ramalan ni klu kamu sokong bn mesti lah kata bn menang. yang tentukan malaysia ni allah yang maha esa
  • ~lu sembang nanti wa sengat ! ~
    x selesa mane dh kot .. tp ape2 saja boleh berlaku .. huh .. pru paling sengit kali ni ..
    tgk la http://bit.ly/QfZco6 :) k
  • Command Oficer Pgr · Top Commenter · Commander Officer at Jabatan Kerajaan
    Professor pelawok.. dio buke tau gapo...duduk dale jabat...cari pitih belako
  • Izad Pgu · Top Commenter · Sk kedai buloh k.trganu
    walau apa pun kata pencari profit dunia.....rakyat nekad UNDI PR..
    • Cocd Bebas · Top Commenter · Manager at Rubber tapping
      ABU aku bersama UMNO. Insya Allah, kita doakan semoga peliwat,penzina,perasuah,pembedal bini orang,pemain ais cream di tandas,121 perdana,KTM,pengkhianat agama islam di jauhi dari menghampiri putrjaya sekaligus dan sekali gus tidak menjadi PM malaysia. Allahu Akbar.
  • Tun Perak · Top Commenter · Tukang komen at Sendiri
    120 kerusi umno goncang adalah.
  • Rahman Ibrahim · Top Commenter
    rupanya pas hanya menang 23 parlimen, berbanding dap 29 kerusi... padanlah org panggil penyokong pas KUDA TUNGGANGAN DAP... hehehe
  • Ikan Masin · Top Commenter
    UMNO/BN sepatutnya kalah, tetapi akan membuat satu penipuan yang paling hebat dalam sejarah PRU untuk kekal berkuasa.
    • Cocd Bebas · Top Commenter · Manager at Rubber tapping
      ABU aku bersama UMNO. Insya Allah, kita doakan semoga peliwat,penzina,perasuah,pembedal bini orang,pemain ais cream di tandas,121 perdana,KTM,pengkhianat agama islam di jauhi dari menghampiri putrjaya sekaligus dan sekali gus tidak menjadi PM malaysia. Allahu Akbar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.