Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Relevankan Pas dalam realiti baru?
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
23 November 2012
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
 
SAYA pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu.

Perasaan mereka, saya tidak tahu. Muktamar Pas baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan Pas. Maaf, bagi saya Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.

Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.


Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah.


Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Ummno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.


Berubah

Gerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan.  Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.

Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan manusia. Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa. Budaya dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza. Sudah tentu, iklim politik pada zaman Nabi s.a.w dan al-Khulafa al-Rasyidin tidak sama dengan zaman selepasnya.

Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu. Demikian politik dalam era ‘nation states’ tidak sama dengan era empayar sebelum itu.

Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia.

Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang yang naïf dan dangkal dalam memahami tabiat politik (naturalness of politics) , sekaligus rasional dan tabiat Islam (naturalness of Islam) itu sendiri.
  
Retorik

Semasa awal kebangkitan Islam, gerakan Islam khususnya yang banyak bercakap tentang politik banyak melaungkan slogan-slogan yang belum diuji keberkesanannya.

Sebahagian slogan itu didokong oleh sebahagian mereka dengan penuh 'dogmatic' dan 'rhetoric'.

Padahal, sebahagian besarnya hanyalah ijtihad ataupun tafsiran yang dibuat dengan pengaruh tertentu. Sedangkan Islam lebih luas dan terbuka dibandingkan dogma dan retorik tersebut.

Kesempitan beberapa pegangan mereka khususnya apa yang dikaitkan dengan teori ‘daulah Islamiyyah’ ataupun ‘Islamic State’ telah menghalang mereka maju ke hadapan. Slogan mereka menakutkan sebahagian rakyat. Islam yang menjadi agama rahmat, diungkap dan dilaungkan secara yang menggusarkan.

Fokus terhadap menghukum rakyat dengan ‘hukuman syariah’ lebih banyak dari bicara tentang memberikan 'service' dan hak-hak rakyat yang dibela oleh syariah.

Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat ‘robot patuh shariah’ bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan.


Nilai Semula
Setelah melalui beberapa pengalaman, akhirnya banyak gerakan Islam mula menilai semula. Dalam kalangan mereka mula memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik. Mereka juga mula membahaskan betapa perlunya memahami teks dalam kerangka konteks.

Mula sedar betapa politik terdedah kepada perubahan. Islam hanya menetapkan dasar-dasar umum. Derita Dunia Muslim bukan kerana soal tiada hudud ataupun pemimpin tidak berserban, tetapi derita Dunia Muslim disebabkan 'bad governance', rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lain penyakit yang men’jahanam’kan negara.

Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk. Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup.

Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju. Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan.
 
Datang gerakan Islam pulak memberikan fokus yang tidak menggambarkan sifat Islam yang memberikan 'service' kepada kemaslahatan manusia. Maka, perubahan ataupun tajdid dalam gerakan Islam itu amat diperlukan.

Rakyat muslim mula muak dengan pemerintah-pemerintah mereka yang ada. Rasuah, salah guna kuasa,  memerah harta negara dan kezaliman menghiasi politik Dunia Muslim. Rakyat membenci pemerintah mereka sekian lama.


Era teknologi telah membuka peluang besar untuk kebangkitan yang lebih berkesan. Kombinasi antara teknologi dan hasrat perubahan politik menampakkan hasilnya. ‘Arab Spring’ menjadi bukti bahawa era baru mampu melakar politik gaya baru.
Siapakah yang akan menjadi harapan rakyat?

Gerakan Islam yang terlibat dengan politik cuba tampil ke hadapan sebagai satu alternatif baru. Persoalannya, apakah yang rakyat mahukan? Apakah mereka mahu keluar dari cengkaman golongan 'secularist' kepada cengkaman golongan mullah (clerics)?

Apakah mereka mahu kerakusan kuasa atas nama dunia ditukar kerakusan kuasa atas nama Tuhan dan agama? Sudah tentu tidak! Mereka mahukan hak, keadilan dan kenikmatan hidup sebagai insan yang bermaruah dan merdeka. Mereka sudah rimas dengan cengkaman penguasa. Islam yang rahmat diharapkan dapat menawarkan khidmat yang mereka idamkan. Mereka ingin melihat orang yang miskin dan melarat diberikan makan.

Bandar yang kotor menjadi bersih. Pengurusan yang buruk menjadi terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah.

Mereka bukan bermimpi untuk melihat tangan rakyat dipotong, ataupun wanita direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya. Itu bukan mimpi mereka. Itu juga bukan mimpi Islam yang penuh rahmat ini. Mereka mengharapkan gerakan Islam menghilangkan sengsara mereka, bukan sekadar untuk menghukum mereka.

Mendapat Tempat
Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru dunia kini, banyak gerakan Islam mula membuat pendekatan baru. Slogan-slogan yang menakutkan telah cuba ditinggalkan.

Pendekatan ‘haram’, haram, haram mula ditukarkan dengan mencari dan memberi alternative halal yang lebih baik kepada rakyat.

Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan mula dilaungkan. Mereka mula memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat. Al-Ikhwan al-Muslimin juga mencari pendekatan baru di Mesir.

Demikian al-Nahdah di Tunisia. Turki dilihat mengepalai hal ini. Walaupun kerajaan Turki berasaskan secularism, tapi tokoh-tokoh Islam Turki tidak menjerit perlembagaan kufur atau ingin menghapuskan perlembagaan, sebaliknya bekerja dalam kerangka yang ada.

Ini sama dengan apa yang dibuat oleh Ashamah, Najashi di Habshah yang mengepalai negaranya yang Kristian. Dia menganut Islam secara senyap dan berhubungan dengan Nabi s.a.w melalui utusan dan surat menyurat. Nabi s.a.w tidak pernah menyuruhnya meletakkan jawatan, sebaliknya dia bekerja dalam kerangka yang ada dan termampu.

Maka, pemikiran tajdid dalam memahami realiti baru amat diperlukan oleh Pas. Usahanya itu adalah bagi membolehkan Pas terus relevan dan mencapai maqasid politik yang dikehendaki oleh syarak. Usaha seperti ini amatlah penting, walaupun biasanya ia akan dikritik oleh penganut dogma lama. Pas itu sendiri hari ini hakikatnya telah cuba berubah dalam menangani persekitaran yang ada. Apakah Pas akan berjaya menawar khidmat islami yang relevan dengan kemanusiaan hari ini?

  • Syed Munir · Top Commenter
    Terima kasih Dr Asri.

    Saya sgt tertarik dan bersetuju dgn pendapat Dr Asri, terutamanya berikut:


    >>> Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.


    >>> Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan.


    >>> Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat ‘robot patuh shariah’ bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan.


    >>> Derita Dunia Muslim bukan kerana soal tiada hudud ataupun pemimpin tidak berserban, tetapi derita Dunia Muslim disebabkan 'bad governance', rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lain penyakit yang men’jahanam’kan negara.


    >>> Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk. Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup.


    >>>Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju. Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan.
    • Jue Inna · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
      petikan - Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk. Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup.

      betol tu.. kita nama saja islam, tp cara hidup islam kita tak ikut.. kata orang kalau nak pergi negara yang mengamalkan islam , pergilah jepun walaupun mereka bukan islam. fikirkan dan renung-renungkan.

  • Subeli Ahmad · Top Commenter · Johore Bahru, Johor, Malaysia
    Parti yg mengunakan ugama sebagai gula gula..cukup bahaya..macamlah ahli ahli pas yg tak tau mengaji ouran pun ada..tapi lagak macam tau ugama..ha..ha..
    Manusia serba kekurangan.
    Pati PAS tidak boleh ditegur..
    Berdosa kata nya
  • KY Jelly · Top Commenter
    penyokong pas dan pemimpin pas mahupon rakyat malaysia akan marah jikalau amno/bn tidak jujur, tetapi apa yg terjadi jika dari pihak mereka sperti DAP/PKR tidak berkata benar,,, islam ke pas atau hanya sekadar melayu?
  • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
    InsyaAllah, dengan Ilmuan Islam makin berkembang di Malaysia, saya memohon semua cerdik pandai Islam bersatu dibawah satu parti Islam, PAS... InsyaAllah, apa yg DR MAZA harapkan pada PAS tentu sekali PAS diterajui Alim Ulama akan menawarkan khidmat Islami 'TERBAIK' Dengan Izin Allah yg pastinya 'releven' dgn kemanusiaan hari ini... Mohon Dr MAZA berdoa agar kejayaan Pemimpin2 Islam kita bersatu hati dan pendapat bagi membawa kita umat Islam ke arah yang lebih baik sejajar yg dikehendaki oleh Syarak... InsyaAllah, kita umat Islam sentiasa BERILMU... Amin...
  • Syed Munir · Top Commenter
    Tuan/Puan Editor Sinar, tajuk atau headline ni tersalah taip ker apa? Relevankah atau relevankan? Yg mana satu? Kalau 'relevankan' sepatutnya tidak ada tanda soal atau question mark... tapi jika difikirka pulak..dua2 pun betul... kalau relevankah? jawapan aku 'tak relevan'.

    Kalau 'Relevankan', jwb aku yer... PAS patut relevankan dirinya dalam realiti baru.
  • Lazim Daud · Semsas
    Nak jawap soalan dari tajuk artikel. Ya, sangat relaven. Sungguhpun PAS nampak seperti sukar menerima kritikan dan nampak kuat berkokok, tapi tetap ada muzakarahnya. UMNO (BN) yang nampak senyap, adakah menerima kritikan? Umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. Yang umum tahu, sudah banyak kejelekan yang sudah diperlaku..
    • Lazim Daud · Semsas
      Yang pentingnya kita cuba jaga syahadah kita. Kalu pimpinan akan datang serupa tu jugak... mmm.. pandai-pandai le kita ubah balik.
  • Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
    umno nak melatah ngan kritikan dato? umno mana reti bab agama..dato' ulas panjang2 pun dia org buat derrkk jer..
    Pas lain...mereka pandai menilai mana kritik untuk membaiki kelemahan dan mana kritik nak memburuk-burukan, mana yg boleh diterima dan mana yg harus ditentang.....bukan semua betul pun kritikan dato' tu.....ke guaner..
    • Syed Munir · Top Commenter
      Realitinya penyokong2 PAS 99.8% tak mengerti agama pun tapi assume atau membuat andaian sendiri yg mereka tahu. Itu pasal melenting

      Yg ada cuma semangat dan slogan. Isi kosong.
    • Command Oficer Pgr · Top Commenter · Commander Officer at Jabatan Kerajaan
      KAWE STUJU
    • Muhammad Izzhan Hamzah · Top Commenter · UniKL Malaysia France Institute
      pencacai pembangkang memang xleh terima kritikan..xkan mengaku kesalahan sendiri..dan xnak akui kelemehan diri sendiri..sebab tu dorg xdpt trima knyataan bile org ckp die salah...sesiapa shja yg ckp dorg salah dan mngutuk dorg mesti akan dipulaukan walaupun bende betul..kolot dan sempit nye pemikiran..perjuangkan Islam kunun..kesalahan dan kelemahan diri sendiri pn xleh nk terima ada hati nak perjuangkan Islam
  • Aladdin Moden · Top Commenter
    sya minat dgn Dr.MAZA ni...anda berani dn berfakta dlm berkata-kata..
    • Nik Azizee Abdullah · Top Commenter · Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
      ada yg boleh setuju ada jugak yg xboleh...dr mAZA lah yg nak keadaan kondusif dlm melaksanakan hudud...try tanya dr MAZA...hukuman barat skang yg dilaksanakan...ada kita pikir kondusif @ tidak???...asal yg Islam kena tggu kondusif...
  • Aziz Abdul · Top Commenter
    contoh tokoh agama yang berpendirian, tegur mana yang tidak kena tak kira apa aliran. syabas Dr. asri.
  • Command Oficer Pgr · Top Commenter · Commander Officer at Jabatan Kerajaan
    Macamanapun pas lebih baik Dari bn
    • braveheartblogger (signed in using yahoo)
      kehkehkeh! manusia ke apa ni?
  • Eipull's Aipull's Zaipull's · Top Commenter · SMVTAA
    UMNO TIDAK MELATAH KERANA MEREKA MENYEMBUNYIKAN NAFSU UTK MURTAD KAN DIRI SECARA BERAMAI-RAMAI, DOSA-DOSA MEREKA SANGAT BESAR KEPADA ALLAH S.W.T SEBILANGAN MEREKA MELAYU UMNO INI DI LAKNAT TERUS OELH ALLAH S.W.T TETAPI ORG MELAYU ISLAM YG MENDAHULUI IMAM-IMAM TERDAHULU PUNYAI ILMUAN ISLAM MEMBENARKAN MELAYU AGAR BERTERUSAN MENYELIMUT KEISLAMAN MEREKA DAN MENGHARAMKAN MEREKA DARI MURTAD KERANA DI LAHIRKAN SEBAGAI ISLAM. oleh itu, saya sarankan kamusemua yg punyai ilmuan islam yg bergelar uztad dan ulamak dan mufti agar membuka jalan yg luas utk mereka malyu UMNO ini supaya memurtadkan diri dari agama islam. AGAR SECARA TABI'I / SEMULAJADI KAUM MELAYU BEBAS DALAM PEMILIHAN AGAMA MEREKA AGAR MEREKA TIDAK MENJADI MUNAFIK TEGAR SEPERTI MHLUK MASIKH DAJJAL, JIN IFIRT DAN AZAZIL. Agama Islam tidak mengalakkan org islam di perhambakan ...See More
    • Eipull's Aipull's Zaipull's · Top Commenter · SMVTAA
      Bismillah...HUKUM MEMURTADKAN KAUM MELAYU ADALAH HALAL, HUKUM MENGARAH ORG MUKMIN KEPADA MURTAD ADALAH HARAM DAN DI BUNUH. HUKUM ORG MUNAFIK DARI KALANGAN ORG ISLAM DAN KAFIR ADALAH BUNUH. maka bagaimana hendak mengenali org melayu yg di lahirkan islam ini adalah munafik ataupun mukmin? JAWAPAN NYA ADALAH PEMISAHAN DARI KEHENDAK NAFSU MEREKA IAITU MEMBENARKAN MEREKA MEMURTADKAN DIRI DARI ISLAM DAN DI BEBASKAN MEREKA DALAM SEGALA KEHIDUPAN YG MEREKA MAHU DAN DI BIARKAN MEREKA MATI SECARA SEMULAJADI SEPERTIMANA JANJI ALLAH S.W.T MEMATIKAN MAHLUK NYA YG DI LAKNAT DGN KIAMAT KRN ALLAH S.W.T SEBAIK-BAIK MENGHUKUM MAHLUK NYA. Dan org mukmin pula wajib jihad syahid menentang org islam dan org kafir munafik yg degil tidak mahu memurtadkan diri dgn menghukum mereka di bunuh tanpa belas kasihan dgn redha memperhambakan diri dgn ayat-ayat al-quran dan al-sunnah.
    • Eipull's Aipull's Zaipull's · Top Commenter · SMVTAA
      MAKA SANGAT RELEVAN MELAYU DI MURTADKAN SECARA BERAMAI-RAMAI ..! ALLAHU AHKBAR
  • Encik Gula Bersubsidi · Top Commenter · Works at Syarikat Gula Bersubsidi
    pandangan yg bernas dari dr.asri...pemimpin Islam perlu berlapang dada menerima kritikan..trmasuk dari PAS...kita xboleh brsangka kita sudah sempurna sdgkn masih ada kelemahan yg perlu diprbetulkn dlm sesebuah gerakan islam..sy berharap PAS akan terus mnjadi gerakan Islam yg releven untuk mmbela Islam di Malaysia...Bersama Kepimpinan Ulama' =).
  • Samao Oamas · Top Commenter · SEK MEN KHIR JOHARI SG SUMUN
    Saya kadang-kadang dah meluat dengan telatah PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka menganggap diri mereka maksum dan orang lain semuanya tak betul. Sedarkah mereka bahawa anak-cucu Nabi Adam tidak sunyi dari melakukan kesilapan, Ulama-Ulamanya juga merasakan diri mereka itu mereka saja yang alim,
  • Zairul Akmal Mohd Jamil · Top Commenter · PPSP USM
    Saya nasihatkan tuan joinla gerakan islam pas, buat penambahbaikan dan teguran membina,,,jgn ckp aje tp xlaksana,,,,ckp semua org blh buat,,,sumbanglah keringat anda dlm perjuangan islam tu yg afdal
  • ~lu sembang nanti wa sengat ! ~
    bagus la mcm ni ustaz. jika benar, kata benar, jika salah, kata salah.. jgn ikot sesetengah ustaz yg dipengaruhi politik... tgk la ni http://bit.ly/TfbfSW :) tq.
  • Zaer Rihaz · Top Commenter
    janganlah sama kan kepimpinan ulama pas dan taliban tu sama. kita ni melayu nusantara..tak lah sekeras ulama taliban tu...adoiya..
  • Nik Azizee Abdullah · Top Commenter · Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
    duduk laaa dalam jemaah...dok sembang lebih2 plakkk.
    • Syed Munir · Top Commenter
      engkau duduk di dalam memang tak nampak - terhijab. Sebab kau dgn sesama ko, perasan diri dah betul. Dan terus membuat andaian dalam kebutaan mata hati. Anggguk mengangguk jer la. Amin mengaminkan. Tapi kosong.
    • Nik Azizee Abdullah · Top Commenter · Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
      biasa laaa manusia...aku pon xkata aku bagus...tp yg pasti pandangan aku terhadap politik di malaysia lg baik dr nko!!...dah banyak sgt dah bai umno wat salah...nko pikir laaa dgn kepala otak yg Allah bg tuu...bukan guna kepala lutut...nanti nko tau jawapan dia...
    • Muhammad Izzhan Hamzah · Top Commenter · UniKL Malaysia France Institute
      Nik Azizee Abdullah ko tu yg diperbodohkan oleh ketua peliwat ngan tok guru najis korg tuh....berpikiran sempit ngan kolot samp xnmpk hal2 lain...nmpk slh org je...ketua peliwat ngan tok guru najis dh mandrem korg samp korg berpikiran sempit dan kolot cmnih..haha
  • Faiz Ramli · Top Commenter · Tukang² Akal at Ape² Ajer..
    tak boleh nak like ke berita ni.. kekeke :P
  • SyauQi Beverly · Top Commenter
    :)
  • Mohd Razi Ab Majid · Top Commenter · Sekolah ketereh
    saya setuju dgn Dr MAZA, tetapi apa yg saya nampat Pemimpin dunia Islam telah banyak dipengaruhi oleh budaya barat sehingga cara hidup Rasullah dikesampingkan dan soal hukum Allah dipersoalkan tanpa segan silu dan keseramataan ditonjolkan dengan cara yg keterlaluan seolah-olah Islam yg tertinggi sudah tidak ada lagi........

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.