Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBAB ITU JANGAN ADA JADI PEROMPAK


Sabtu, 24 November 2012

Rakyat Malaysia mesti berani pertahankan perlembagaan, kata penganalisi politik

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Setiap individu yang mengakui diri mereka warganegara Malaysia mesti berani mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kata penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata perlembagaan negara perlu terus menjadi rujukan dan sandaran semua rakyat dalam mengekalkan perpaduan serta mewujudkan hubungan etnik di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 

“(Penghayatan) perlembagaan bukan ikut suka. Bila kita suka kita ikut, tak suka tak ikut. Kita mesti berpegang kepada perlembagaan pada setiap masa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mengenai “Masa Depan Hubungan Kaum dan Perpaduan” pada Himpunan Barisan 1Malaysia yang menghimpunkan ribuan anggota pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pandangan mengenai dasar negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata perkara-perkara yang termaktub di dalam perlembagaan terutama berkaitan kontrak sosial tidak harus dipersoalkan.

“Soal agama Islam, Bahasa Melayu, keistimewaan orang Malayu dan institusi Raja-raja Melayu harus dipertahankan sebagai satu kepelbagaian. Jangan sama sekali cuba diubah,” kata Sivamurugan dengan disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Beliau juga berkata corak hubungan etnik di Malaysia mesti ditentukan oleh rakyat negara ini sendiri dan bukannya bergantung kepada negara luar.

Bagi memastikan hubungan etnik yang berkesan, beliau menegaskan sensitivity setiap masyarakat harus dijaga dengan mencari titik keseimbangan dan konsep menerima satu sama lain harus dipakai, dan perlu juga melihat kepada keadaan menang-menang untuk semua pihak.

Beliau berkata mentaliti rakyat negara ini juga harus berubah seiring dengan perubahan fizikal yang dikecapi negara dalam usaha Malaysia untuk muncul Negara maju menjelang 2020.

“Tiada guna perubahan fizikal hebat seperti di negara maju lain, tapi mentaliti kita masih di takuk lama. Perubahan harus seimbang antara perubahan fizikal dan minda,” katanya.

Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin yang berucap mengenai 'Masa Depan Pendidikan Negara' berkata ramai masyarakat di negara ini menganggap universiti adalah seperti sebuah kilang, dan ini adalah pandangan yang salah dan perlu diubah.

“Ini adalah kerana universiti adalah tempat di mana kita menambah nilai seseorang individu supaya ia berguna dalam segala segi, bukan sekadar tempat untuk hasilkan graduan,” katanya.

Untuk itu, paradigma pemikiran semua pihak, khususnya golongan pendidik di negara ini perlu diubah daripada hanya mementingkan kuantiti maklumat yang diterima kepada nilai maklumat itu sendiri, dan ini perlu dalam memastikan proses transformasi pendidikan negara mencapai kejayaan, katanya.

Zaleha juga berkata masyarakat, terutama golongan muda, juga perlu mengubah persepsi yang menganggap semua maklumat yang didapati daripada internet adalah pengetahuan.

Golongan ini terlalu bergantung kepada internet untuk mendapatkan maklumat, dan mereka ini telah terpenjara dengan era maklumat dan malangnya segala informasi yang ada di internet tidak boleh dianggap sebagai ilmu pengetahuan kerana informasi itu perlu ada nilai sebelum menjadi ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan meluas, katanya.

Beliau berkata dalam era globalisasi dan teknologi maklumat yang mencabar ini, rujukan maklumat kepada internet semata-mata tanpa pengesahan boleh mendatangkan implikasi terhadap kesahihan fakta sesuatu ilmu. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.