Sunday, November 25, 2012
Usaha Halang Pejalan Kaki Anti-Lynas, Dataran Merdeka Ditutup Tiba-tiba
Dataran Merdeka tiba-tiba ditutup
dipercayai untuk menghalang kemaraan pejalan kaki Anti-Lynas dari
memasuki perkarangan tersebut yang dijangka tiba kira-kira jam 4.00
petang ini.
Kembara Himpunan Hijau yang memasuki hari ke-12 semalam telaj memecahkan rekodnya sendiri dengan kehadiran hampir 2,000 orang berjalan kaki dari Taman Rimba Templer ke plaza tol Gombak, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, lapor malaysiakini.
Perjalanan sejauh hampir 10 kilometer itu yang pada asalnya dijadualkan bermula jam 9 pagi diawalkan setengah jam apabila ia menerima penyertaan lebih ramai peserta hari daripada 11 hari lepas, kata pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.
Kembara Himpunan Hijau sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur ini bermula pada 13 November lalu sebagai kembara protes Wong Tack untuk mewujudkan kesedaran politik dan alam sekitar menentang loji memproses nadir bumi Lynas.
Keazaman beliau turut disambut empat lagi NGO alam sekitar lain - Jawatankuasa Membantah Sianida Raub, (Ban Cyanide Committee), gabungan NGO Pengerang, dan NGO anti-empangan Murum.
Kumpulan pejalan kaki ini sedang berehat di plaza tol Gombak sebelum berjalan sejauh lapan kilometer lagi ke Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar.
Esok, mereka akan meneruskan perjalanan ke Dataran Merdeka dari Gombak sebelum menyerahkan memorandum kepada ahli parlimen yang digesa turun bertemu mereka di dataran.
"Hati kami sudah berada di Dataran Merdeka, kerana itulah langkah kaki kami akan menuruti suara hati kami sekarang ini," kata Wong Tack yang kelihatan penat tetapi masih bertenaga.

Pejalan kaki anti Lynas tiba di Taman Melewar
KUALA LUMPUR: Kumpulan pejalan kaki Stop Lynas tiba di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamed (KUIZM), Taman Melewar, tepat jam 4 petang ini, diiringi Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin.
Sebelum itu, mereka berarak dari Tol Gombak, bermula jam 3 petang dan disambut meriah oleh PAS Batu. Kumpulan tersebut turut diiringi beberapa kenderaan berpacuan empat roda sepanjang perjalanan dari Tol Gombak ke Taman Melewar.
Ironinya, biarpun kebanyakan di kalangan mereka berbangsa Cina, namun ketibaan mereka disambut oleh pelbagai pihak agama dan bangsa, yang menunjukkan solidariti mereka dalam usaha menghentikan sebarang pembangunan atau projek yang menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar dan kesihatan rakyat.
Ketibaan mereka disambut dengan tepukan dan sorakan 'Stop Lynas', 'Close The Damn', 'Stop Baram' dengan penuh bersemangat, biarpun keletihan dan kepanasan terpancar di wajah mereka.
Turut kelihatan bersama-sama mereka Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu; Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Salbiah Wahab.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack yang mengetuai kumpulan pejalan kaki Stop Lynas ketika ditemui, berkata pihaknya gembira kerana berjaya sampai ke destinasi seterusnya, sebelum ke destinasi selanjutnya.
Mengakui perjalanan sejauh lebih 300 kilometer dari Kuantan sejak 13 Nov lalu, mempunyai pelbagai ranjau dan cabarannya, namun keletihan yang diharungi hilang sekelip mata apabila terdapat kenderaan yang membunyikan hon sebagai tanda sokongan.
"Kita berjaya sampai di sini, dengan pelbagai cabaran yang dihadapi.Kita tidak mempunyai masalah sepanjang perjalanan, kerana kita jaga dari seluruh aspek. Dari segi keselamatan, lalulintas, semuanya tidak bermasalah," tegas beliau sebelum dibawa berehat di Markaz PAS Batu, berhampiran Taman Melewar.
Sebelum meninggalkan Taman Melewar untuk berehat di Markaz PAS Batu, berhampiran Taman Melewar, Wong Tack sempat berkata perjalanan kumpulannya dari Kuantan tidak bermasalah, sebaliknya bersedia untuk menghadapi sebarang kesulitan dan kekangan untuk perjalanan seterusnya.
"Sepanjang jalan dari Kuantan ke Kuala Lumpur, tiada masalah. Esok, tidak tahulah," ujar beliau sambil ketawa kecil.
Sekumpulan pejalan kaki Stop Lynas kini sedang berehat di ruang-ruang legar di KUIZM ini dengan dilayan dengan makanan dan minuman.
Difahamkan, sebahagian besar di kalangan pejalan kaki ini akan bermalam di sini, pada malam ini dan akan berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 9 pagi.
Malam ini juga, di KUIZM, akan berlangsung ceramah umum membabitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Che'gu Bard, Cikgu Ishak Surin.
Sementara itu, Cikgu Ishak ketika ditemui, berkata PAS Batu berbesar hati menyambut kumpulan Stop Lynas ini yang dianggap sebagai pejuang rakyat.
"Dengan semangat mereka berjalan kaki dan bertanggungjawab unuk menentang Lynas, kita juga bertanggungjawab memberikan penghormatan kepada mereka dengan menyediakan makan minum, dan tempat tinggal kepada mereka," tegas beliau.
Sambil mengharapkan perjalanan kumpulan ini ke Dataran Merdeka esok berjalan lancar, beliau turut menyeru ahli-ahli PAS, khususnya PAS Batu untuk bersama-sama berjalan ke Dataran Merdeka.
"Tujuan mereka murni, jadi tiada sebab untuk dihalang mereka ke Dataran Merdeka. Menghalang mereka hanya menunjukkan tindakan yang amat tidak wajar. Saya harapkan mereka ini diberi kesempatan utk berada di Dataran Merdeka," kata beliau.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Batu, Abu Bakar Abdul Rahman berkata, Pemuda PAS Batu akan turut bersama-sama mereka ke Dataran Merdeka keesokan harinya. -HD
0 orang berkata:
Post a Comment