Najib tak tolak kemungkinan PRU bulan depan
25 November 2012
KUALA LUMPUR - Melewati musim lembab dan cuaca tidak menentu mutakhir
ini bukanlah satu penghalang untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
diadakan bulan depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kalau bulan Disember tak ada 'election', tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini. Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya menjawab soalan adakah pilihan raya akan diadakan tahun depan atau membiarkan Parlimen bubar dengan sendirinya.
Persoalan itu diajukan kepada beliau dalam satu wawancara khas bersama pengarang-pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Utusan Malaysia baru-baru ini sempena Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2012 minggu ini.
Mandat semasa Kerajaan Pusat yang dipimpin BN akan berakhir penghujung April depan.
Sebelum ini beberapa tarikh ramalan pilihan raya umum sudah pun tersasar.
Najib pada mulanya mencetuskan teka-teki apabila menyebut angka 11 begitu signifikan dalam hidupnya sehingga mengundang tafsiran PRU13 akan diadakan pada tanggal 11.11.11. Tarikh itu sudah jauh meninggalkan kita.
Ada pula yang menjangkakan Parlimen akan dibubarkan Jun tahun ini dengan mengambil kira musim cuti persekolahan, namun ramalan itu juga meleset.
Kemudian, timbul pula ura-ura kononnya pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan. Sekali lagi jangkaan itu silap.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata, agensi itu sedia untuk melaksanakan pilihan raya pada bila-bila masa termasuk dalam keadaan cuaca yang buruk.
Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online bulan lalu, Aziz berkata, SPR akan mencari tarikh “paling cantik dalam keadaan yang buruk” jika perlu berbuat demikian.
Lima negeri dikatakan bakal terjejas teruk apabila angin monsun timur laut melanda iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor termasuk Sabah dan Sarawak.
Jabatan Pengairan dan Saliran memberi amaran kepada orang ramai, negara bakal berhadapan risiko banjir besar antara November hingga Mac tahun hadapan.

- Kpp Kelabpingpong · Top Commenter · Sekolah Rendah Kebangsaan PetalingCakap macam orang takde iman...
Dia yang tentukan tarikh pru....dia pulak yang uals...
apa da.....- Razman Rashid · Top CommenterSemua PM malaysia PM paling bacul. Org kafir yg pimpin negara dia pun dia umum tarikh PRU awal2. Takde rahsia maaaa
Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
Daftar FREE dulu disini:
http://stiforp.asia/wangmasuk - Jering Daily · Top Commenter · Kolej Kejururawatan Nigeriayg ko gelisah sngt apasal..dah konform PR menang PRU13 ni..nak risau apa lagi..Reply · · 49 minutes ago
- Abdul Aziz · Top Commenter · Executive at PetronasEmm menarik. Profesor dah jalankan tugas. Kasi peringatan pada semua ahli UMNO yang BN mungkin akan kehilangan banyak kerusi pada GE akan datang ni betul2 time AGM UMNO. Heheheheh Bijak-bijak. So ni akan memaksa semua ahli UMNO yang terlena dibuai mimpi tu bangun dan tolong parti utk keluar sama2 mengundi untuk tolong parti walaupun BN tau sokongan rakyat pada mereka makin meningkat.Tapi itu umpan untuk gerakkan ahli UMNO dan BN lain utk berkerja keras utk kemenangan BN. Dan remark profesor memang disambut baik dan happy oleh pembangkang. hahahaha as what BN want. Then tiba-tiba now keluar pulak kemungkinan pilihan raya bulan depan. Memang ada kemungkinan sebab profesor dah jalankan kerja dia. Mesyuarat Tahunan UMNO akan tamat minggu depan. Just nice. Budget untuk pemberian BRIM dan segala imbuhan pun akan di luluskan kabinat minggu depan. just nice. heheheheh. Satu script yang menarik :-). Goodluck all for GE13.
- Abdul Aziz · Top Commenter · Executive at PetronasBosan2 komen la? kenapa...tak boleh ? kejap lagi nak ker tower.Reply · · about an hour ago
- Sani Sidik · Top Commenter · Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)Tak abis abis nak nyusahkan rakyat, main dengan teka teki, mentang2 kuasa penentuan tarikh ditangan diulas dengan rasa bongkak...
- Ismail Muhamad · Top CommenterBukan bongkak,,kalau saudara Sani sekali pun jadi perdana menteri saudara pasti mencari masa terbaik untuk election untuk memenangkan parti yang saudara pinpin kerana raayat telah memberi amanah kepada saudara,,tak baik tuduh sebarabgan,,Alahai,,Reply · · about an hour ago
- Kpp Kelabpingpong · Top Commenter · Sekolah Rendah Kebangsaan PetalingFisrt lady.....menari..
https://www.youtube.com/watch?v=6wRLyxkNkRo Reply · · 26 minutes ago - Azri Musa · Top Commenteryang SPR ni lagi la bengap..ada pulak pi cari masa cuaca buruk. Tak bole buat keputusan yg rasional sikit ke?. Dah tau bulan Dec 12 musim tengkujuh...Cara berfikir org mcm ni la yang buat aku nak muntah.
- Kpp Kelabpingpong · Top Commenter · Sekolah Rendah Kebangsaan Petaling"Kalau bulan Disember tak ada 'election', tahun depanlah.
cakap orang takse iman.. - Azrien Min · Top Commenter · Sekolah menengah kebangsaan tengku menteriKlu blh buat thun dpan pn xpa..blan 12 ni bnyak kenduri nti cuti beku susah plak..Reply · · 36 minutes ago
- Bro Otai · Top Commenter · Sepang New Village, Negeri Sembilan, MalaysiaPM pindah milik kedua biasa lah hahahahaha.Reply · · 19 minutes ago
- Jering Daily · Top Commenter · Kolej Kejururawatan NigeriaApa kata..negeri-negeri yang ditadbir PR bubar DUN dulu..Hari tu kata tak nak buat PRU serentak dgn BN..skrg ni tempoh mandat pun dah semakin hampir tamat. Sekiranya PR buat PRU selepas BN, harapan nak menang tu tipis sangat. So PR kena bubar DUN dan adakan pilihanraya awal..Lagi pun PR dah kuat dengan sokongan yg ada skrg...knp tak lakukanya? SPR tak telus atau tak yakin menang walau sokongan ramai...Reply · · 53 minutes ago
- Khairil Hisham Mahamad Nadzim · Top Commenter · None :)aku yakin BeEnd akan buat PRU bulan 12 ni......
BR1m menjadi taruhan......besaq sangat ka rm500 tu......- Abdul Aziz · Top Commenter · Executive at PetronasBukan BRIM jer...Reduction in Income tax payment.....Bonus Kakitangan kerajaan.....untuk buku budak2 sekolah....dan lain2 lagi termasuk di ambil kira keadaan banjir yang mana siapa yang akan turun padang dan tolong mangsa2 banjir tu ? wakil raykat pembangkang ker? heheheh itu la namanya perang sikologi. dia akan pergi di masa rakyat akan terima imbuhan yang dia beri dan bantuan yang di beri dan masa tu yang pengundi atas pagar ni pun akan terus di lamun kebahagiaan.Pada mereka tak salah mereka ambil imbuhan itu sebab itu duit rakyat jugak dan di kembalikan pada rakyat jugak.Itu strategy nak menangkan hati pengundi bang oiii. Dan hujung tahun semua pasaran saham akan mula menekan harga meningkat utk tutup akau masing2 hujung tahun dengan harga yang lebih baik dan stabil sebelum memulakan tahun baru.Semua pelabor saham tahu benda ...See MoreReply · · 52 minutes ago
- Rushdan Hamzah · Works at D'CLASSIC TRADING '0192251096jom lawati
http://dclassictrading.blogspot.co m/
0 orang berkata:
Post a Comment