Calon MB: Khalid tak mahu ambil tahu
- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bercakap kepada pemberita pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
menegaskan bahawa beliau tidak mahu terlibat dalam soal pemilihan atau
perbincangan bakal calon menteri besar yang baharu.
Menurutnya, permintaan itu telah disuarakan kepada pihak terbabit ekoran beliau mempunyai kepentingan dalam isu ini.
“Saya tak boleh terlibat dalam perkara ini (calon menteri besar baharu). Saya telah meminta supaya saya tidak terlibat (berbincang dengan Sultan Selangor)...
“Sebab itu saya merasa lebih baik saya hanya diberitahu keputusan-keputusan yang dibuat,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, hari ini.
Ketika ditanya soal jumlah calon yang dihantar kepada istana, Abdul Khalid akui tidak tahu dan tidak mahu mengambil tahu.
“Saya tak tahu (jumlah calon) dan saya pun tak nak ambil tahu,” katanya ringkas.
Apabila soal Pilihan Raya Negeri (PRN) dibangkitkan, beliau berkata semua itu diserahkan kepada budi bicara Sultan Selangor.
“Itu terpulang kepada budi bicara sultan. (Masih ada ruang PRN?) Saya tak boleh nak terangkan kerana ini akan menimbulkan spekulasi yang paling penting perkara utama ialah mencari pengganti menteri besar,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment