Saari: Saya tetap ahli Pas hingga akhir hayat
KUALA LUMPUR - Adun Pas Hulu Kelang , Saari Sungip memilih untuk kekal
bersama Pas walau apa jua tindakan tatatertib yang dikenakan ke atasnya.
Bercakap kepada Sinar Harian Online hari ini, beliau menegaskan akan kekal setia bersama parti tersebut sehingga ke akhir hayatnya.
"Saya masih ahli Pas... Saya ahli Pas sampai akhir hayat saya," katanya.
Beliau ditemui selepas pertemuan bersama Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut ketika diasak pelbagai pertanyaan berhubung pertemuannya dengan Datuk Mustafa.
Saari adalah seorang Adun Pas yang dipanggil bermesyuarat hari ini bagi mendapatkan penjelasan terhadap sokongannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai ganti calon Menteri Besar Selangor baharu menggantikan bekas penyandangnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Seorang lagi Adun Pas, Hasnul Baharuddin turut dipanggil bermesyuarat pada hari ini.

7 orang berkata:
Ahli yg durhaka....
Keldai ler tu
Cakap ler aper nak cakap.. depa berdua ni tetap hero..
Anon 8:07.ya betul hero munafik
Hero munafik membelakangkan parti.dh sumpah baiah setia pada parti tapi melanggarnya.kalau letak jawatan xpa la senang.
Durhaka tu konsep zaman feudal...masa rakyat dianggap hamba abdi hina dina macam kucing kurap....macam kau sekarang la lebih kurang...
Kalau tegur hadi kerana nak ajak PAS berzina dengan UMNO tak ada durhakanya ngok ooii....
Setia yang yang mutlak hanya pada Allah saja yang layak. Setia pada parti bagus. Berbaiah sesama manusia atau kesetiaan pada presiden parti kena tengok dulu. Kalau dia menyeleweng wajib diterajang dari membiarkan ia mbawa kesesatan....
Post a Comment