Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN SEBUT PAS ! NANTI ADA YANG SENSITIVE !

Kenyataan pertama Azmin sebagai Menteri Besar Selangor

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas perlantikan ini dan saya menjunjung kasih di atas perkenan Tuanku Sultan melantik saya sebagai Dato’ Menteri Besar.

Azmin Ali MB 

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada YB Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN dan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN serta seluruh Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor atas kepercayaan serta sokongan untuk saya menerajui Negeri Selangor.

Ketika yang sama, saya menghargai dokongan daripada 15 Ahli Dewan Negeri DAP dan Pakatan Rakyat.

Selaku Menteri Besar Selangor yang baru dilantik, saya akan mendukung institusi demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Saya berjanji akan menggalas amanah ini dengan penuh tanggungjawab, jujur dan berintegriti untuk memperkukuhkan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang maju, harmoni serta bersatu-padu.

Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan konsep Negeri Pembangunan atau developmental state berlandaskan amalan tata kelola yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Mohamed Azmin Ali
Menteri Besar Selangor

9 orang berkata:

Anonymous said...

Tak di sebut pun PAS?
Dah dapat apa yang dihajati ,tangga yang menjadi penyokongnya dilupa terus.
Adakah PAS akan diinjak oleh azmin setelah ,menyokong beliau hingga wan azizah tersingkir?
Ingat azmin. Adun pas ada 13 orang. Umno ada 12 dan dicampor khalid. Jumlah nya 26 orang.
Hanya perlu 4 orang sahaja untok kau tumbang.
Sejarah telah mwmbuktikan bahawa tidak susah untok beli 4 orang adun pkr. Tambah pula,puak anti azmin dalam pkr masih ramai.

Anonymous said...

DAP kurang ajar... PKR biadap PAS macam sampah. Yg baik dan jujur terus berdiam diri lihat agama bangsa dan jatidiri terus di hina oleh keluarga LKS

Anonymous said...

Masanya telah tiba,melayu kena bijak berpolitik. Tak kira DAP KE,MCA KE GERAKAN KE, SEMUA NYA WAJIB DI HUMBAN.
tak kira PAS KE ,MELAYU PKR ATAU UMNO. WAJIB UNDI CALON MELAYU BILA BERDEPAN CALON BUKAN MELAYU.
Paling kuat pun DAP atau Mca atau gerakan jika bersatu ,hanya boleh menang 48 kerusi parlimen.
Kembalikan kuasa melayu dalam parlimen.

Basar said...

Apa la nak dibisingkan. Azmin tidak ucap terima kasih kepada Pas pun bisingkah.

Biarlah, nanti dia nak pecat exco pun senang, idak abang non dan lge bising.

Kita dah buat yang termampu.
Biarkan....
Tikus membaiki labu kita nak join sekaki ke...

Anonymous said...

Kutip, kutip jangan tak kutip kesilapan orang. Macam kita tak pernah silap dan salah.

XUMNO said...

Melihat perangai PKR dan kenyataan kurang ajar Lim Guan Eng; dan tiada langsung penghargaan MB baru terhadap Pas;(seolah2 Pas tidak wujud dalam PR); rasa2nya idea bekerjasama dengan Umno adalah lebih wajar dan rasional bagi Pas.

Anonymous said...

Tak apa,pas x trima pujian pn xpa sbb parti ini mencari keredhaan allah swt.. Kalah menang,dalam pakatan atau tak pas tetap pas sampai akhirnya..

Anonymous said...

Bior ler. tak sebut pun tak jadi kudis. hok yg dok bising tu orang UMNO tuuu. yg penting kerja jalan.. rakyat diutamakan. cuma perlu ingat.. harta negeri milik rakyat bukan milik parti!!! jgn dmilikkan partikan harta negara!

Anonymous said...

Yoooo betul. jgn dimilik partikan harta kerajaan negeri!!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.