Nasrudin: Menang, kalah pilihan raya itu adat
1. Pas bukanlah baru menyertai pilihan raya, sama ada pilihan raya umum
atau pilihan raya kecil. Setiap kali Pas menyertai pilihan raya maka
setiap kali itulah juga Pas sertainya dengan nekad mahu memenangi
pilihan raya tersebut. Namun keputusan kadangkala tidak menepati
kehendak Pas. Acapkali juga Pas tewas dan acap kali juga Pas menang.
2. Dari segi mental dan spiritual, sememangnya pemimpin dan ahli Pas telah bersedia menghadapi kemungkinan kalah menang dalam pilihan raya. Kalah tidak membuatkan Pas mengalah sebagaimana menang tidak membuatkan Pas senang.
Justeru pilihan raya hanyalah sebahagian dari tugas perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh Pas. Masih banyak tugasan penting yang wajib dilunaskan oleh Pas seperti tarbiyah, dakwah, kebajikan dan lainnya.
3. Kalah dalam satu satu edisi pilihan raya tidak bermakna kalah pula dalam edisi berikutnya. Terkadang kalah dalam pilihan raya kecil tetapi Pas boleh memenanginya semula pada peringkat pilihan raya umum. Begitulah pasang surut pilihan raya. Post mortem atau analisa pilihan raya menjadi guide line untuk Pas bangkit dari kekalahanan atau mengekalkan prestasi kemenangan.
4. Optimis dan yakin menang adalah sikap positif yang mesti Pas bawa setiap kali mendepani pilihan raya. Ia bukan sebuah keangkuhan tetapi keunggulan menggalas amanah perjuangan, sebagaimana sabar dan reda diatas kekalahan adalah nilai positif yang mesti Pas serap setiap kali tidak menang dalam pilihan raya. Ia bukan sebuah kekecewaan tetapi ketabahan berdepan cabaran perjuangan.
5. Paling penting bagi Pas ialah terus beristiqamah dalam membuat persiapan rapi dan merangka strategi bagi memenangi pilihan raya, kemudian bertawakkallah kepada ALLAH Azza wa Jalla justeru ALLAH SWT adalah tuhan yang akan memuktamadkan keputusan.
فإذا عزمت فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين
Apabila engkau telah berusaha dengan segala perancangan dan gerakkerja maka bertawakkallah ( bergantung harap dan bermunajat ) kepada ALLAH SWT Sesungguhnya Allah suka orang - orang yang bertawakkal.
Surah Aali Imran : 159

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik
dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar
Harian Online.
3 orang berkata:
Pas bertanding tiga prk 1 menang pertahankan kawasan dua tewas kawan pihak lawan. Semua kecoh
Dap dua prk, satu pertahankan kawasan satu hilang kawasan. Sepi
Pkr bertanding dua kawasan, satu langkah kajang satu balingan.
Yang kecoh akan pupus pas, yang dua tu kalah juga siap hilang kawasan dan wang petaruhan lagi....
Tak kecoh pun....
Jgn jadi bodoh menyokong si tentawi ni.. Kalu dok sokong dia kita pun jadik bodoh mcm dia..tp kalau nak jadik bodoh gak.. Sokong ler dia... Aku igt masa prk kat tganu dulu.. Mamat ni pegi initiate bagi minyak free.. Tp kata bukan rasuah.. Lagi mau kata dia cerdik.. Tolong lahhh....
ugg uk
salomon outlet
mulberry handbags
louis vuitton handbags
true religion outlet
nba jerseys wholesale
oakley sunglasses sale
gucci outlet
michael kors handbags
los angeles lakers jerseys
chanyuan2017.03.20
Post a Comment