Selasa, September 2014
Ketum : Apa Lagi Lu Mau..???
Ada orang kata gua kurang menulis artikel, gua kata jika lu nak baca blog lu baca blog FZT pasai
apa yang gua tulis lebih kurang same jer. Cuma gua kat Selangar FZT kat
Terengganu, itu jer bezanya. Nanti ada pulak macai Ketum tak puas hati
dengan apa yang gua tulis nih dan ada gua kesah, lantak lu ler nak baca
dan jika tak puas hati dipersilakan tunjuk kehebatan lu berpolitik dalam
ruangan komen yang tidak ditapis. Gua bukan jenis kena tunggu kelulusan
admin setiap komen yang diberikan walau pun pakai nama tidak dikenali.
Gua bukan juga jenis syok sendiri bak kata sendiri tulis sendiri komen.
Apa yang yang gua tulis tidak mewakili mana-mana parti politik kerana
gua sendiri bukan ahli mana-mana politik.
Cuma gua akan menulis bila ada pengkhianat yang mengkhianati presiden
mereka sendiri dan duk dalam jemaah tetapi berketuakan Ketum. Untuk
pengetahuan lu all gua mempertahankan TGHH dan TGNA bersebab biar pun
gua bukan berada didalam jemaah PAS. Apa yang gua tulis adalah mewakili
gua sendiri tanpa mengharap apa-apa imbuhan. Mungkin setelah ketiadaan 2
murabbi ini baru gua dedahkan kenapa gua beria-ria mempertahankan
mereka.
Jika berlaku PRU, gua akan membantu memanjat dan menampal poster-poster.
Bahasa kurang ajar dari gua tidak ada kena mengena dengan PAS. Dari IRC
kepada JIM dan kemasukan pimpinan tertinggi mereka ke dalam jemaah PAS
sudah lama menjadi penentangan gua secara total. Pencalonan Saari Sungib
mewakili PAS benar-benar mengejutkan gua kerana gua tidak sangka
bagaimana manusia yang bernama Saari Sungib boleh terlepas dari
penilaian Majlis Syura PAS yang amat berhati-hati apabila berkaitan
dengan lantikan calon.
Apabila PAS bersama dengan S46, gua amat tidak setuju malah bendera
parti tersebut gua tidak sentuh kerana S46 adalah dari sisa Umno yang
diharamkan oleh Mahathir melalui mahkamah dan penubuhan Umno baru adalah
satu pembersihan besar-besaran Mahathir terhadap musuhnya dalam Umno.
Di mana Ketum ketika itu?. Beliau berada didalam Team A bersama-sama
Mahathir melawan Team B, regu Ku Li dan Musa Hitam. Bagaimana sikap Nuar
terhadap PAS ketika beliau dikatakan orang paling berkuasa dalam
Umno/BN melebihi bosnya sendiri.
Orang boleh kata, lupakan perkara yang lepas kerana ia sudah menjadi
sejarah tetapi hati gua tidak boleh menerimanya. Pelanduk boleh lupa
jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Ketum dulu dan Ketum
sekarang yang tiada apa-apa banyak perbezaannya tetapi bagi gua Ketum
dulu dengan Ketum sekarang semakin ketara perubahannya walau pun ramai
terpedaya dengan sikapnya.
Gua akui yang gua amat simpati apabila beliau dijatuhkan dan dibuang
terus dari Umno dengan penuh keaiban tetapi renung sedetik apa yang
beliau lakukan terhadap TSKI sama dengan apa yang beliau lalui. Langkah
Kajang Selangkah Ke Putrajaya telah memperlihatkan kepada lu all siapa
Ketum sebenarnya. Beliau selalu menjaja namanya sendiri dalam setiap
ceramah jelajahannya dengan mengatakan yang beliau adalah calon tunggal
untuk jawatan PM dengan sokongan 100 peratus dari PAS.
Gua tak nafikan apa yang beliau katakan kerana ia sudah dimaklumkan
dalam PR tetapi ia boleh berubah jika melihat krisis MB Selangor. Kita
tidak di boleh menidakkan Qadha dan Qadar kerana segala yang berlaku ada
hikmahnya. Lihatlah Langkah Kajang yang mana calon asal adalah Ketum
sendiri tetapi terhalang dengan rayuan pendakwa raya di mahkamah rayuan
di mana beliau dijatuhi hukuman 5 tahun penjara dan Azizah terpaksa
mengantikan suaminya, Ketum.
Langkah Kajang bukan untuk menukar TSKI sebagai MB ianya hanya untuk
memudahkan ke Putrajaya yang mana gua sendiri tidak faham apa kena
mengena dengan Selangor yang sudah berada dalam genggaman PR. Peletakan
jawatan Adun PKR atas alasan tidak mampu memberi khidmat kepada penduduk
Kajang sedangkan adun itu pun belum diuji sebagaimana adun-adun lain.
Akhirnya pecah tembelang yang beliau diminta meletakkan jawatan untuk
memberi laluan kepada Ketum dan Langkah Kajang adalah untuk menyingkir
TSKI dari jawatan MB yang bakal diisi oleh Ketum agar senang Ketum nak
beli MP-MP BN pasai tunai kerajaan Selangor yang TSKI simpan hampir RM4
bilion.
Kenapa Ketum terhalang cita-citanya yang mana pakar-pakar strateginya
sudah menyusun agenda-agenda yang disembunyikan daripada rakan Pakatan
iaitu PAS dan DAP. Sebagai umat Islam yang yang berpegang teguh dengan
keimanan yang dimiliki patut memikirkan dengan akal yang waras kenapa
agenda Ketum terhalang. Apabila berlaku kecelaruan yang diciptakan
'Ketum and The Macai' terbongkar satu demi satu maka kambing hitam perlu
dicari untuk menutup bangkai yang ditinggalkannya.
Disinilah PAS menjadi mangsanya kerana memang dari awal lagi PAS kurang
senang dengan perletakkan jawatan oleh adun PKR tanpa sebab yang
munasabah. Bagi PAS ia banyak keburukan dari kebaikan disebabkan amanah
rakyat marhaen berikan kemenangan kepada PR Selangor dengan penuh
bergaya telah dipermain-mainkan. Sebagai rakan dalam PR, walau pun tidak
bersetuju PAS terpaksa mengerahkan jentera, tenaga dan wang ringgit
demi memenangkan calon PR.
Apabila TSKI diminta melepaskan jawatan MB untuk Azizah, TGHH, TGNA dan
Majlis Syura Ulama PAS telah menyatakan sokongan mereka kepada TSKI.
Sokongan yang bersebab telah membuatkan Ketum naik angin dan bermulalah
tuduhan demi tuduhan terhadap PAS. Sokongan PAS kepada TSKI adalah
bersandarkan Tahaluf Siasi kerana jawatan MB Selangor tetap diberi
amanah kepada TSKI dari PKR dengan persetujuan bersama dengan PKR, PAS
dan DAP. Adakah Azizah seorang yang layak memerintah sedangkan parti PKR
sendiri tak terurus. PAS menolak bukan masalah beliau seorang wanita
tetapi beliau akan menjadi MB boneka..... mengikut telahan gua ajer.
Ketum mula memberi signal kepada talibarutnya yang bersarang dalam PAS
agar keluar dari sarang di mana keluar 2 ekor pengkhianat dalam sidang
akhbar bersama Azizah. PAS dituduh mengkhianati perjanjian dalam PR
sedangkan sokongan terhadap TSKI kerana beliau masih ahli PKR dan apa
kesalahan beliau sehingga beliau diminta meletak jawatan sebagai MB
Selangor yang disahkan oleh pimpinan PR. Dan PAS menyokong TSKI kerana
kapasiti beliau ahli PKR. PAS dituduh memungkiri janji kerana tetap
memberi sokongan kepada TSKI sebagai MB sehingga beliau dipecat.
PAS telah menyatakan tetap akan bersama dengan PR tetapi sikap gelojoh
Ketum yang mengerahkan talibarutnya dalam PAS agar keluar memberi
sokongan kepada bininya telah menyedarkan akar umbi PAS siapa
pengkhianat yang bersarang dalam jemaah PAS. Tindak Dewan Ulama PAS
Selangor membawa usul mengecam dan mengutuk tindakan dua adun PAS itu
adalah tepat tetapi 2 ekor pengkhianat itu menyelar kononnya mereka
tidak dipanggil untuk membela diri.
Kalu dah bodoh buat cara bodoh jangan berlagak pandai, PAS Selangor
mengusulkan kepada Badan Disiplin PAS Pusat jadi apa relevannya untuk
memanggil mereka. Tunggu ajer ler bila pengkhianatan mereka kepada
jemaah diadili nanti dan sementara masih ada masa, boleh ler suruh loyar
Hanipa karang kertas kerja. Gua rasa sudah tiba masanya PAS mengkaji
semula Tahaluf Siasi dengan PKR kerana banyak Ketum sudah mula keluar
masuk ke dalam rumah PAS.
Macai-macai Ketum akan kata PAS akan kehilangan banyak kerusi jika
berseorangan, apa guna banyak kerusi jika jemaah yang diberi amanah
mempermain-mainkan amanah. Adakah PAS sanggup menepikan dasar parti yang
bersumberkan Al-Quran dan Hadist sebagai perlembagaan tertinggi demi
imbuhan beberapa kerusi. Akar umbi sudah bersuara yang mereka sanggup
menunggu kemenangan mutlak walau pun mereka tidak dapat merasainya
tetapi sekurang-kurangnya legasi mereka dirasai oleh anak cucu mereka.
Ketum a.k.a Nuar a.k.a. Anwar a.k.a. DSAI tidak layak menjadi Perdana
Menteri Malaysia kerana kita telah dipertontonkan bagaimana sikap rakus,
kuku besi dan diktator ketika beliau belum diberi kuasa dan bagaimana
semasa beliau memangku jawatan PM selama 3 bulan sebelum beliau
dijatuhkan. Arahannya mesti dipatuhi telah mula menunjukkan yang beliau
masih tidak berubah sejak beliau menjadi ahli tong taik. Sebelum beliau
masuk ke dalam tong taik semua rakan-rakan dalam gerakan Islam tidak
menyetujuinya tetapi itulah si Ketum yang hanya beliau sahaja yang
betul.
Bolehkah lu bayangkan jika ditakdirkan si Ketum benar-benar menjadi PM
jika kawan yang menghulurkan tangan semasa beliau diaibkan pun beliau
sanggup beliau tikam. Macai-macai Ketum siang malam dok ratib UG UG UG
UG kat PAS, rupa-rupanya beliau dalam diam-diam berUG dengan Najib.
Adakah lu masih ingin Ketum menjadi PM sedangkan ramai lagi yang layak
dari beliau. Adakah PAS gila kuasa sepertimana di laungkan oleh
macai-macai dan barua Ketum.
Gua tak rasa TGHH ingin jawatan itu kerana gua kenal beliau sepertimana
gua kenal ibubapa gua. Apa pun orang kata, lantaklah kerana itulah TGHH
sanggup menjadi nelayan dari menjadi PM. Tidakkah amanah itu berat bagi
yang tahu tetapi bagi barua Ketum bermacam-macam fitnah direka cipta
demi nafsu serakah seorang yang bergelar Ketum. Gua tidak boleh lupa
tindakan Ketum terhadap PAS semasa beliau berkuasa dulu.
/GANR
/GANR
7 orang berkata:
yg ko lupa tanya/fikir tentang kegilaan ketum ni ialah- dah la pas bawa agama kebawah telunjuk sistem demokrasi lepas tu duduk belakang ketum lak tu..melulus kutukan kat sungip tu da la janggal tol bunyinya dlm agama..dh wat benda janggal alang2 asal x luluskan je kutukan kat ketom?sungip tu bilis ketom tu jerung ko g la bantai jerung tu...kenapa x nak?akunxda niat nak rendah2kan sesapa aku cuma kesian kat korang sedara mara aku..korang buangla rasa taksub seminggu ko akan nampak yg semua parti sama..samada sengaja sama atau x sengaja..mereka tetap sama sebab jalan demokrasi yg sama mereka parti2 semua guna ni buat mereka berperangai sama..kalo ye pun korang kecanduan..jgn sampai beriye2..yg binasa disebabkan perangai2 mereka nanti ialah korang pendokong2 parti jugak..bukan mereka,mereka semua org politik gaji besar2 org kaya..jgn jadi macai parti2 politik..
anon 12:25 boleh tubuh parti dia @ aku rasa anon ni puak2 syiah ni. Bercakap mcm org gila. Dia nak tubuh kerajaan sendiri...dlm Malaysia ni byk lg hutan,engkau boleh memerintah.bersama puak2 engkau.
ko tuduh la aku ikut suka ko..pantang aku x sokong parti ko,ko meracau mcm budak x dtg mimpi g...hehe.ko men2 tuduh sepantas kilat.. manada beza ngan umno,aku cakap ko ..ko jgn marah sbb aku x sokong mana2 parti termasuk partu ko..ko ni macai umno ke pas aku x leh nak beza sbb sama la hehe..macai mane 1 ni?
Kau x yah baca blok org berparti ni
Blok ni utk org berparti ja...kau buka blok www.kepalataik.com ..ini blok utk org yg x berparti mcm kau. Blok ni cerita bagaimana kepala taik nak keluar...
Kalau tak reti duk diam belajar dulu sebab kalau betcakap nampaklah kebodohanya malahan lebih bangang dari ahli umno
ko senyap la macai..ko macai apa ko tau..
ko macai parti mana?
Post a Comment