Kalau bukan kerana mereka, Khalid mungkin masih MB
- Penasihat DAP, Lim Kit Siang (tengah) bersama Adun Morib, Hasnul Baharudin dan Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib. - Foto Sinar Harian Online Oleh FATHIN ATHIRAH HASLI
PETALING JAYA - Kalau bukan kerana tindakan dua Adun Pas yang menyokong
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor
yang baharu, mungkin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal sebagai
menteri besar.
Adun Bukit Gasing, Rajiv Rashyakaran berkata, tindakan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib inilah yang mengubah haluan krisis politik Selangor dan akhirnya membawa kepada penyelesaian konflik.
"Walaupun pada asalnya sokongan itu dibuat untuk Wan Azizah, tetapi akhirnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipilih.
Adun Bukit Gasing, Rajiv Rashyakaran berkata, tindakan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib inilah yang mengubah haluan krisis politik Selangor dan akhirnya membawa kepada penyelesaian konflik.
"Walaupun pada asalnya sokongan itu dibuat untuk Wan Azizah, tetapi akhirnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipilih.
"Mereka ini bukan pengkhianat, mereka ini perwira rakyat. Disebabkan mereka, cubaan Umno untuk bergabung dengan Pas dan membentuk kerajaan di Selangor tidak berjaya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam DAP di sini, malam ini.
Katanya lagi, tindakan dua Adun tersebut dianggap wira kerana menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR).
Hasnul dan Shaari adalah dua ahli Pas masing-masing Adun mewakili kawasan Morib dan Hulu Kelang yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid.
Tindakan dua Adun tersebut jelas tidak diketahui pimpinan Pas dan mereka kini berhadapan dengan tindakan tatatertib yang bakal diputuskan oleh Pas Pusat.
Turut hadir dalan majlis tersebut ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib.
7 orang berkata:
Dua ekor keldai nie,politic drg nie akn hancur perbuatan sendiri....amin
Inilah pejuang PR yg sebenar... sanggup buat apa sahaja asal matlamat tercapai. La ni isilah borang PKR atau DAP... sah dah boleh bakar sijil ahli PAS dan bahan2 yg ada logo PAS... sejarah akan berulang... lihatlah dunia dari mata burung... masih ada masa utk taubat
Dua ekor ni bukan sahaja barua ,tapi puak munafik yang wajib diperangi terlebij dulu.
Pas wajib ambil tindakan serta merta keatas mereka
Presiden tak perlu bersabar lagi
Sebab perang telah diisytihar terhadap presiden oleh gulongan minafik ini.
Tak habis lagi. Dah terjadi, ketentuan Allah.
Lagi-lagi tuduh PAS nak bergabung UMNO.
Sudah-sudahlah tu...
Dah jelas PAS yang selamatkan kerajaan Selangor semasa PKR buang TSKI. Exco PAS menjaga kerajaan Selangor sehingga dapat MB baru.
Sekarang DAP tak mahu kerjasama dengan PAS. Yang ini apa pulak?
Berterima kasih lah pd khalid dan DYMM sultan krn masih terima PR...kalau sultan arah khalid bubar dun apa mau kata...ahli pkr & dap kena buka mata luas2...jgn nak tunjuk hero bangang.
Selesaikanlah kemelut pr dngn segera,pemimpin trtinggi ke tiga-tiga parti harus bertemu untk mententeramkan keaadaan,jngn smpai rakyat muak dngn semua ni
Post a Comment