PKR Pengkalan Kubor: Calon Pas lebih layak tanding
KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar
Abdullah mengakui peluang kemenangan akan memihak kepada PR jika
mengemukakan calon dari Pas untuk bertanding di PRK Pengkalan Kubor.
Menurutnya, perbincangan ‘hati ke hati’ bersama kepimpinan PKR Kelantan yang diketuai pemangku Pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir telah berlangsung di sini, petang kelmarin.
“Itu perbincangan adik beradik, hasil perbincangan itu, kita setuju untuk mengemukakan pandangan kepada Majlis Presiden, jadi kita serahkan kepada mereka, sama ada PKR akan mempertahankan kerusi ini atau Pas yang akan bertanding,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Asrama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) di sini.
Beliau memberitahu, calon Pas mempunyai kredibiliti yang lebih luas dalam mencari peluang kemenangan yang lebih baik berbanding calon PKR, namun beliau juga mengakui, kedua-dua pihak memang bercadang untuk mengemukakan calon masing-masing namun keputusannya hanya akan diketahui selepas mesyuarat peringkat tertinggi nanti.
SPR Jumaat lalu menetapkan 13 September sebagai hari penamaan calon bagi PRK Dun Pengkalan Kubor manakala 25 September tarikh membuang undi.

2 orang berkata:
Pkr bila dh masuk kubur nanti baru boleh bertanding
Pkr x payah bertanding kalau tal ada petugas sebab akan mrnyusahkan pad
Post a Comment