Mesej Ummi untuk Azmin
SHAH ALAM – “Jalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab kerana ALLAH dan rakyat."
Itu mesej ringkas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali kepada abangnya, Mohamed Azmin Ali yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
“Alhamdulillah, itu rezeki dia (Mohamed Azmin). Saya percaya pada qada dan qadar.
“Sebagai adik, saya bangga apabila abang dilantik menjadi menteri besar. Dia berhak mendapat hadiah itu selepas berjuang hampir 20 tahun dalam dunia politik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Ummi, apa yang dicapai Mohamed Azmin juga adalah berkat amalan ibu dan arwah bapa mereka serta seluruh keluarga yang tidak pernah putus-putus mendoakan yang terbaik untuk Timbalan Presiden PKR itu.
Menurut Ummi, tugas Mohamed Azmin kini bukan sahaja kepada rakyat, tetapi cabaran buatnya adalah untuk membersihkan segala kontroversi yang melanda PKR.
“Dia ada kredibiliti sebagai pemimpin dalam membuat sebarang keputusan. Cuma saya berharap dia tidak menjadi ‘remote control’ kepada (Ketua Umum PKR, Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” katanya.
Katanya, menjadi tanggungjawab Mohamed Azmin untuk membuktikan kepada rakyat bahawa segala keputusan yang dibuatnya selepas ini bukan arahan dari pihak tertentu.
Menurut Ummi, kerusi Menteri Besar Selangor secara tradisinya dikenali sebagai kerusi 'panas' dan beliau tidak mahu melihat Mohamed Azmin jatuh seperti bekas-bekas menteri besar sebelum ini.

4 orang berkata:
Aik???! dulu bukan main benci Azmin. mcm-mcm fitnah. Dan jadi MB... Azmin baik pulak?
Adik beradik bang, apa nak kira.paling2 pun secekak dua ada.
Dulu bukankah dia ni yang kata azmin anak derhaka? Bertuah pula budak azmin setelah menderhaka?
Bukankah budak ini yang bertanya" apa hubongan shamsidar dengan anwar"?
Tak apa.akan ada la bahagian budak ni nanti. Adik beradik kata kan.
Berkat pula doa makbapak.kpd anak.derhaka...lahabau...pakat2 nak cekau...hau..hau...hau
Post a Comment