Pejabat Penasihat Ekonomi ditutup serta-merta
SHAH ALAM - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor hari ini
bersetuju menutup Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri di Plaza Perangsang
di sini serta-merta bagi menjimatkan kos pentadbiran.
Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI)
Faekah Husin, dalam satu kenyataan, menyebut penutupan itu berikutan hal
ehwal ekonomi dilihat mampu diuruskan Pusat Pelaburan Negeri Selangor
(SSIC).
Beliau berkata SSIC kini beroperasi sebagai sebuah pusat sehenti selain
memiliki pegawai terlatih serta berpengalaman luas terutama dalam
bidang berkaitan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.
Katanya, penubuhan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada 2009 yang
diletak di bawah pengurusan MBI bertujuan memanfaatkan pengalaman serta
kepakaran Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang
pernah menjawat kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan.
"Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat
Ekonomi Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas
dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga
hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor. - Bernama
1 orang berkata:
Terbaik
Post a Comment