YANG TEMAN TAHU SEORANG PEMIMPIN WAJIB ADA PENGETAHUAN DAN TOKOH ILMU KEPIMPINAN UNTUK MENGURUS KEMANUSIAAN, DIA PERLU ADA PENGETAHUAN KEMANUSIAAN, KEMAMPUAN, KETEGASAN DAN MEMAHAMI ALAM DI SEKELILINGNYA SERTA MEMPUNYAI SAIKOLOGI KEMANUSIAAN UNTUK MENJADIKANNYA SEORANG YANG MUDAH BAGI MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
DALAM MASALAH SELANGOR MISALNYA SANG KETUA HANYA MENGARAHKAN SETIAP PARTI MENGHANTAR WAKILNYA UNTUK KEJAWATAN EXCO, MAKA PARTI AKAN MENYEDIAKAN ARAHAN KETUA, ORANG LAIN JANGAN MASUK CAMPUR, MAKA DISINILAH NILAI KEPIMPINAN YANG MAHU DI NILAI OLEH RAKYAT BOLEH ATAU TIDAKNYA SEORANG PEMIMPIN MENGURUS KEMANUSIAAN - Pak Karamu
Tun M: Tegas, berani antara kualiti pemimpin
KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin mesti tegas, berani dan beriltizam
dalam mengambil tindakan untuk menangani krisis sekalipun keputusan yang
dibuat adalah tidak popular, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Beliau berkata krisis lazimnya tidak berlaku secara sendiri dan seorang pemimpin mesti meneliti puncanya.
"Dalam krisis kewangan, sesetengah orang memanipulasi wang dan ini boleh mencetuskan krisis," katanya dalam ucaptama bertemakan 'Kepimpinan dan Pengurusan Krisis' pada Forum CEO 2014 keenam anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.
Beliau berkata sistem perbankan sangat penting kerana ia membekalkan modal yang diperlukan oleh perniagaan untuk pertumbuhan ekonomi.
"Jika sistem ini disalah guna, maka ini akan membawa masalah seperti yang dihadapi oleh dunia semasa krisis kewangan ini," katanya.
Dr Mahathir berkata kerajaan harus bersedia untuk campur tangan dan menghapuskan sebarang amalan buruk.
"Ini menuntut kepimpinan yang kuat bagi mengekang penyelewengan sistem perbankan," katanya. - Bernama

2 orang berkata:
Nampukah azmin melepaskan diri daripada irama yang dimainkan oleh anuar?
Mampukah azmin bergerak tanpa kawalan dan tali hidong di pegang oleh wan azizah?
Mari lihat senario ini.
Dalam kerajaan azmin adalah MB.dan ketua. Manakak wan azizah hanya exco (itu pun kalau dilantik) sudah pasti wan azizah kena akur dengan arahan dan kepitusan azmin.
Dalam parti pula wan azizah ketua dan azmin pembantunya. Dan sudah pasti dalam hal dasar parti dan arahan parti azmin pula kena akur kpd. Wan azizah
Apa kata,jika wan azizah tidak bersetuju dengan azmin dalam soal pentadbiran kerajaan? Nak lawan azmin bos.
Maka wan azizah akan guna kuasa parti untok menegur dan memerintah azmin. Azmi pula kena akur. Kalau tidak azmin akan terima nasib yang sama seperti khlaid ibrahim.
Apa akan jadi? Caca marba lah selangor.
Adakah azmin akan jadi belulang kering seperti watak wayang kulit? Sedangkan yang menggerakkannya adalah tok dalang.
Atau adakah azmin sanggop ambil risiko,jadi macam khalid,demi menjaga intergritinya?
Azmin masih meniti diatas titian yang licin. Dibawahnya ada buaya yang ganas. Sama sama kita saksikan drama seterusnya.
Salam
Banyak nilai-nilai kepimpinan dari Dr M.
Nilai-nilai Dr M yang baik boleh diambil jadi ikutan.
Nilai-nilai Dr M yang buruk kita dijadikan sempadan.
Post a Comment