Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR TAK NGAKU

Jumaat, 26 September 2014

Perlantikan Exco: Krisis S'gor bermula dari 'Langkah Kajang' - Sultan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan perbuatan hasut menghasut dan tohmahan yang dilempar terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - dalam usaha menyingkirnya sebagai menteri besar - walaupun semasa bulan Ramadhan.

Titah baginda, dalam bulan suci itu, umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai Allah untuk membersihkan doasa dan maksiat.

"Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di negeri Selangor supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah," titah baginda di majlis pelantikan barisan Exco kerajaan negeri Selangor di Istana Alam Shah petang ini.

Tetapi, titah baginda, PKR tetap meneruskan agenda mereka  walaupun  dalam  bulan  suci  Ramadhan dengan terus  menghina  dan  mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Titah baginda pelantikan Exco yang baru adalah disebabkan PKR dan DAP tiada mempunyai keyakinan kepada Abdul Khalid sebagai menteri besar, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke-13.

"Oleh itu seorang menteri besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini," titah baginda,.

Titah baginda lagi, kemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat bermula daripada Pakatan Rakyat membuat “Kajang Move” -Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor.


Dengan ini, titah baginda,  timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Abdul Khalid supaya dapat diturunkan daripada jawatan menteri besar Selangor.

"Di sini Beta  ingin  mengucapkan  terima  kasih kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai menteri besar, yang mana hubungan istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar," titah baginda.

Menurut baginda lagi, krisis yang berlaku berkenaan dengan menteri besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan baginda terhadap politik di negeri itu.

"Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi kedudukan Beta sebagai sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.

"Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas Beta amatlah berat untuk memastikan rakyat negeri Selangor yang Beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan negeri yang sempurna.

"Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh menteri besar. Beta hanya menasihatkan menteri besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.

"Beta ingin mengingatkan bahawa sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa Sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya," titah baginda lagi.

2 orang berkata:

Anonymous said...

IKHLAS DARI TUANKU BAGINDA SULTAN SELANGOR,DUSHUMMMM KENA MUKA PKR..HADOIIIII..

Basar said...

DYM kata jika berpecah dap akan menang, kalau tak faham susahlah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.