Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 23 September 2014


Apa Lagi Fitnah Untuk TGHH Selepas Ini....!!!!

Isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru telah selesai dengan Azmin telah di perkenankan oleh Sultan Selangor. Cita-cita Ketum tidak kesampaian untuk melihat bininya menjadi MB Selangor berkecai dan terpaksa ler buat U-Turn walau pun berlaku sedikit kekecohan semasa mesyuarat PKR tentang isu ini.

Cadangan yang dikemukan oleh TGHH dengan meletakkan nama Azmin di antara calon pilihan telah diterima oleh Sultan Selangor walau pun budak Feezi masih mengeluarkan fitnah terhadap PAS. Mungkin beliau mendapat sumber dari SB Kemaman yang dibuang kerja kerana melakukan kerja-kerja bodoh. 

Gua  rasa sebagai seorang bijak mengira yang dilantik sebagai pakar strategi PKR nih kena cari barua baru kerana sumber-sumbernya sudah tidak boleh pakai. Mungkin sumbernya tidak dibayar dengan betul atau bulan lepas terlupa bayar kut.

Para pengkhianat yang masih bersarang didalam PAS sedang menyusun strategi baru untuk 'Projek Langgar Hadi' selepas mereka dihentam hebat pada Muktamar PAS yang baru melabuh tirai. Gua tengok barua-barua ketum terpaksa menebalkan muka mereka untuk menghadirkan diri dan itu pun masih ingin menunjukkan yang mereka masih lagi hebat. Pasma daun ganja semakin hebat menyerang pimpinan tertinggi PAS dengan jelajah yang sedang mereka usahakan.

Hanipa dan yang sewaktu dengannya telah mula diberi klu oleh para perwakilan bahawa mereka mungkin akan dihumban ke dalam tong taik pada Muktamar Pemilihan PAS tahun depan. Dalam pada itu pun masih ingin menunjukkan yang Majlis Syura Ulama PAS (MSU) adalah pihak yang tidak layak mentafsir perlembagaan PAS. Bagi beliau hanya Luham sahaja yang layak menafsirkannya kerana mereka peguam-peguam sekular yang hebat.

Sebelum Luham dibentuk sebagai Lujnah untuk membantu PAS, siapakah yang mentafsir perlembagaan PAS sejak PAS ditubuhkan 60 tahun yang lepas. Bila pengamal undang-undang berpaksikan perlembagaan sekular Lord Reid cuba menunjuk-menunjuk yang mereka mampu mentafsir dasar parti PAS yang berpegang kepada A-Quran, As-Sunnah, Ijmak, Qias sebagai perlembagaan tertinggi PAS. 

Jika baca Basmallah pun belum tentu betul, bagaimana mereka begitu angkuh meminggirkan pimpinan yang berada didalam Majlis Syura Ulama. Mungkin loyar-loyar buruk ini rasa sekeping kertas dari sebuah universiti yang hebat-hebat dengan tertera nama mereka sudah cukup untuk mereka menyanggah MSU PAS. 

Sedarkah mereka pimpinan yang berada didalam MSU PAS dipilih berdasarkan keilmuan mereka untuk menafsirkan al-Quran dan Hadis berpandukan kepada kemahiran mereka tentang bahasa Arab, Nahu, Fiqah, Usuluddin dan berbagai-bagai cabang walau pun mereka tidak memiliki diploma, ijazah seperti yang tergantung didalam bilik para loyar buruk menyanjung perlembagaan Lord Reid. Dan setiap kenyataan MSU PAS telah dirujuk dengan berbagai kitab-kitab karangan para ulama-ulama muktabar sebelum dikeluarkan..

Selepas serangan demi serangan yang mereka lakukan terhadap badan tubuh TGNA, TGHH dan MSU PAS dengan pertolongan macai-macai hebat yang dihantar oleh  ketum hanya panas sementara sahaja selepas akar umbi dijelaskan akan situasi yang PAS alami. Langkah Kajang ciptaan ketum dengan strategi hebat budak Feezi akhirnya memakan diri mereka. Sekarang akar umbi PAS sudah siap siaga pada Muktamar Pemilihan PAS tahun depan siapa yang akan mereka humban dalam tong taik.

Pengkhianat yang berada didalam PAS sudah mula panas punggung apabila pengkhianatan yang mereka lakukan sehinggakan PAS berjaya dikucar kacirkan oleh mereka dengan bantuan barua-barua hebat ketum. Adakah mereka masih melakukan ratib UG UG UG UG yang selama ini menjadi senjata mereka untuk menjatuhkan TGHH. 

Akar umbi sudah tahu siapa sebenarnya yang berUG dengan Umno dalam gelap tetapi bagi mereka isu ini berpunca dari TGHH tetapi sudah hampir 8 tahun  gua tunggu punya tunggu, masih lagi belum terjadi. Bagi puak-puak celaka nih, mereka langsung tidak boleh mendengar nama TGHH kerana buat mereka tiada yang baik buat TGHH berbanding dengan ketum. Macam syaitan yang tidak boleh mendengar 'dengan nama Allah dari syaitan yang di rejam.

Platform mereka sekarang ini ialah Pasma dan gua pasti Pasma akan mendapat peruntukkan dan tajaan-tajaan dari tokoh-tokoh keparat PAS yang sudah kepanasan. Jangan lu terkejut jika timbul fitnah-fitnah yang lebih hebat terutama melalui Pasma nih. Apabila Azmin dilantik sebagai MB Selangor yang baru benar-benar menyakitkan kerana mereka memang mahu MB dari adun PAS supaya agenda mereka 'Langgar Hadi' akan lebih berjaya.

Nama Azmin memang disebut bersama bini ketum yang disokong sebulat suara oleh AJK PAS Pusat apabila TGHH mengumumkannya tanpa ada satu bantahan pun. Untuk 'Langkah Kajang' memang satu percaturan jahat politik ketum sehinggakan PAS yang tidak kena mengena di jadi puncanya. Untuk jawatan MB Selangor pun memang dari strategi jahat ketum dengan dirangka oleh budak Feezi, pakar strategi hebat PKR. 

Bini ketum terasa dengan kenyataan TGHH adalah sebagai satu lakonan untuk meraih simpati sedangkan apa yang gua dengar sendiri, TGHH tidak langsung menghina bini ketum kerana TGHH bercakap di atas dasar umum berkaitan wanita sebagai pemimpin. Jika kuah tidak tumpah dalam nasi mungkin kuah tu dah masuk dalam tong taik. Bagi gua, cukup ler dengan lakonan Ketum & Famili sebagai mana Nurul kata nak tengok muka orang PAS pun jijik rasanya....... Orang PAS kena ingat bagaimana N.Izah a/p Ketum hina lu all..... Stop untuk hari ini./GANR

5 orang berkata:

Anonymous said...

Ada bunyi lagi ka.

Anonymous said...

Cukuplah tu. Semua kita ada buat silap. Mari kita bersalaman dan perteguh semula PR yg hanyut sebulan dua yg lalu. Pakat ke Pkl Kubur pulak. Menangkan calon PR.

Basar said...

Bunyi la sebelum 28/10/2014....
Lepas tu apa cer
Bergayut la hang pa dengan lge... Ketum masuk penjara

Anonymous said...

Apa yang membezakan PAS dengan UMNO dan PKR?
PAS berjuang atas landasan al quraan dan hadis. Sudah tentu yang layak mentafsir alquraan dam hadis adalah ulamak. Dan diterjemahkan kedalam pengurusan. Parti atau kerajaan.
Professional( kalau benar pun professional) merancang mengikut bidang mereka. Tapi akhirnya perlu disemak dan ditapis oleh dewan ulamak supaya tidak bercanggah dengan alquraan dan hadis. Ini yang dipanggil " kepimpinan ulamak"
Manakala umno adalah parti sekular. Suara ulamak hanya digunapakai dalam urusan agama sahaja. Itu pun dipatuhi selama mana tidak menyekat nafsu mereka. Dalam sistem pengurusan semua nya halal,jika boleh membawa keuntongan. Dasarnya ialah 'hidup melayu"
pkr pula? Entah.sampai kehari ini belum ada satu dasar yang konkrit. Hanya retorik ,keadilan,kesamarataan,(sebab pkr parti berbilanh bangsa) dan ketelusan.
Justeru jika sekiranya PAS ingin menrap kaedah peejuangan UMNO DAN PKR (ulamak perlu liberal dan pas perlu buang imej islam,sepeeti saranan mat sabuu) adalaj dirasakan lebih baik bubar sahaja Pas ,semua ahli pas masok UMNO ATAU PKR.
ADAKAH INI YANG DIKEHENDAKI AHLI PAS? Sudah tentu tidak.
Kalau tidak ,MULAI DARIPADA HARI INI ,SEMUA AHLI PAS YANG MENJAWAB TIDAK ,HARUS BERHATI HATI DENGAN GOLONGAN YANG INGIN NENG SEKULARKAN PAS INI.
setahun bukanya lama.dalam muktamar tahun depan ,humbankan mereka kedalam tong taik. Kita akan lihat bagaimana Pkr dan dap nak bersihkan mereka.
sekarang,semua dah jelas siapa mereka itu.
Ada yang dah mula nerintis.
Ada dah mula nengungkit jasanya pada presiden.
Ada yang terang,terus menyerang presiden dan ulamak.
dan yang ramai,berselindong.
Ahli pas perlu tolak golongan ini jika ingin PAS terus belayar atas landasan al quraan dan sunnah.

Anonymous said...

Bagi ambe, baik kuar jer dari pr ni. Xde keuntungan pon. Baik berdiri sendiri dan kuatkan di pantai timur + kedah dulu. Bagi rakyat buka mata tgk kerajaan alquran & hadis. Bezanya bn ngan pr - bn = umno plg berkuasa (melayu) - mca + mic dll. Pr - x balance - melayu??? . Itu yg kalah pru ari tu. Klu pas plg berkuasa dlm pr mmg mudah tawan putrajaya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.