Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, 28 September 2014

'Iszuree tidak dipecat kerana Mat Sabu berunding'

 



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
KEPALA BATAS - Iszuree Ibrahim bukan dipecat sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), tetapi dikeluarkan dari semua jawatankuasa tetap serta dibekukan peruntukan beliau.

Memetik sumber dalam parti, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Tuan Haji Mohamad Sabu menjelaskan Iszuree masih tidak dipecat daripada jawatannya itu seperti digambarkan oleh AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan At-Tantawi dan Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Negeri).

"Iszuree sepatutnya dipecat, tetapi, saya berunding supaya ada kaedah lain agar dia tidak dipecat," jelas Mohamad dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu, petang semalam.

Sumber memberitahu, seorang lagi Ahli Majlis MPPP daripada PAS, Mhd Nasir Yahaya telahpun diberi tanggungjawab menguruskan baki peruntukan Iszuree.

Sebelum itu, Iszuree diminta memberi penjelasan lanjut mengenai laporan berita 'Pulau Pinang lebih mesra pemaju macam BN'.

Iszuree dalam reaksi spontan berdalih, "berita itu (adalah) manipulasi Malaysiakini."
Dalihnya lagi, apa yang diucapkan beliau dalam Muktamar PAS Ke-60 pada pertengahan bulan lepas adalah berdasarkan teks ucapan perwakilan, yang kononnya turut disemak oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS  Negeri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Bagaimanapun, beliau gagal mengemukakan perkara yang benar berdasarkan teks ucapannya dan yang palsu berdasarkan laporan berita Malaysiakini itu, semasa disyor oleh seorang anggota mesyuarat Badan Perhubungan Negeri. 

Mesyuarat turut disyor menubuhkan jawatankuasa menilai ucapannya Iszuree tersebut.

6 orang berkata:

FIT said...

Sama ler digantung juga....

Anonymous said...

Patut pecat mat sabu...ha..ha...bukan dap pecat tapi pas pecat dr jwt timbalan.

Basar said...

Gantung tak sama pecat
Gantung tak sama dengan tembak

Anonymous said...

Kalau tak pecat pun apa gunanya setelah segala fungsi di bekukan. Tap payahlah mat sabu nak pertahan tindakan tok kong pulau pinang tu. Semua orang dah tahu yang mat sabu telah dimandolkan oleh LGE.
Tak kan izuree nak jadi quraan burok.

FIT said...

Pecat cara halus, gantung

Anonymous said...

Ramai jugak geng otak kontot kat blog ni..patut x popular.. Yg bagi komen pun x nmpk cerdiknya..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.