PKR adakan mesyuarat tergempar
PETALING JAYA - PKR mengadakan mesyuarat tergempar berhubung
perkembangan terkini berkaitan perlantikan Menteri Besar Selangor yang
baharu.
Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata, mesyuarat itu bakal dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata, mesyuarat yang dijangka bermula jam 5 petang itu akan turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita akan adakan mesyuarat tergempar pukul 5 petang yang akan dipengerusikan oleh Presiden, ( Dr Wan Azizah), Ketua Umum ( Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengenai perkembangan terkini...," katanya kepada para pemberita di luar ibu pejabat PKR di sini tadi.
Ditanya adakah perkembangan terkini melibatkan isu menteri besar Selangor, Azmin berkata: "Ya, ya, ya."
Azmin berkata demikian selepas kembali semula ke ibu pejabat PKR selepas 40 minit beredar, pada jam 4 petang.
Pada jam 5 30 petang Anwar dan Azizah tiba di perkarangan ibu pejabat PKR.
Antara yang dilihat hadir memasuki ibu pejabat PKR ialah Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan beberapa Adun Selangor.
Terdahulu, Azmin menegaskan bahawa beliau masih belum menerima sebarang surat berhubung perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.
Spekulasi bahawa Azmin bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertiup kencang apabila Pas menamakan Adun Bukit Antarabangsa itu sebagai calon mereka.
Majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah pada pagi Selasa.

4 orang berkata:
Kalau pkr masih ada maruah,yang berbaki mungkin sebesar zarah ,pkr mesti gesa azmin menolak perlantikan itu. Kerana:
1. Pkr telah berpatah arang hanya wan azizah yang di calonkan.
2.wan azizah calon yang mendapat sokongan majoriti. Termasok,azmin telah membuat sd bersama 29 adun lain.
3. Pkr tidak harus membelakangi prinsip nya. Mwnjunjong raja berpelwmbagaan.
4.pkr jangan jilat kembali kencing mereka.
5.29 adun yang tandatangi sd menyokong wan azizah harus boikot majlis angkat sumpah ,sebagai tanda,sokongan mereka kpd.wan azizah adalah ikhlas.
6. Pkr tidak pernah calonkan azmin.
7.uphold your maruah setelah melabelkan pas sebagai lidah bercabang..dan buktikan bahawa pkr lidah lurus.
Kalau tidak pkr diibarat kapal yang sedang hanyut dilautan tanpa kwmudi. Dan akhirnya akan twnggelam.
Maknanya anon 4:18 suruh derhaka pada sultan... Erm..truk la awak ni. Klau dh pilihan sultan untk prkenan hormati la brader.. Ni klau dok thailand kena dh dgn raja.. Mungkin kena penjara dan kena ikat..tak tau la lg.
Pkr ni mmg camtu asyik buat kacau ja...sultan x mau ajijah kena trima la..korang pun tau ajijah x da kemampuan tapi org pkr ni dah terminum kencing nuar sampai x leh nak fikir positif dah. Azmin org pkr...desas desus kata azmin byk makan rasuah knp x buang ja azmin dr pkr...bercakap pandai bukti x da...mcm nuar la juga...ini fitnah...ini fitnah...mana bukti...jgn ckp ja...bukti kat mahkamah....sumpah dikalayak umum...tapi x buat...dok ckp belit2. Aku bukan penyokong umno...tapi dah rasa muak dgn pkr ni.
Anon 4.18 tidak pernah derhaka. Cuma ingin memulang balik apa yanh pkr laungkan sebelum ni.
tuanku sultan menitah,mintak Lebih dari dua nama tetapi berkeras hantar satu nama.
dilaung pula wam azizah mendapt sokongan majoriti.
Sampai saat akhir pun masih berdegil. Di upah pula loyar loyar untok menyokong mereka.
Pas dikata makan kawan apabila mencalonkan azmi.
Sekarang anon 4.18 ingin lihat dimana maruah pkr. Yang selama ini begitu degil.
Rumusan. Komen anon 4.18 adalah satu sindiran untok anuar dan pkr. Yang kononnya begitu bijak
Post a Comment