Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, September 25, 2014

Komposisi EXCO yang kekal.. bukan kuota EXCO yang kekal rupanya...


Apa yang perlu kita faham ialah Azmin Azmin berkata komposisi exco negeri iaitu 10 orang adalah kekal kerana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima semua 10 nama yang dicadangkan beliau.

"10 orang (exco). Komposisi kekal," kata beliau sebelum mengangguk apabila ditanya wartawan apakah ia bermaksud 4(PAS):3(PKR):3(DAP).

Jadi kita boleh anggapkan dia main angguk saja tanpa mendengar dengan jelas soalan tu...bahaya tu...

Oleh itu kuota untuk Exco tu iaitu 4 PAS, 3 DAP dan 3 PKR bukanlah satu perkara yang telah dimuktamadkan..

Mungkin ianya akan berubah esok.. dari 4:3:3 menjadi 5:3:2 atau 3:3:4.... bersamalah kita nantikannya..

Kalau ada parti yang mendapat lebih.. Alhamdulillah.. dan yang terkurang pula redho sajalah..
Menteri Besar Selangor Azmin Ali menafikan bahawa komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.
“Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan,” katanya di Twitter beliau sebentar tadi.

Kira-kira dua jam sebelum ini, Azmin dilaporkan berkata komposisi exco negeri kekal.

Beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa sebelum ini dilaporkan berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima semua 10 nama yang dicadangkan beliau.

"10 orang (exco). Komposisi kekal," kata beliau sebelum mengangguk apabila ditanya wartawan apakah ia bermaksud 4(PAS):3(PKR):3(DAP).

Beliau berkata demikian sejurus selepas keluar dari Istana Mestika bertemu Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mempersembahkan nama calon yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat beberapa jam sebelum itu.

Beliau juga berkata akan mengumumkan perkara itu esok.

Azmin yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Selasa lalu mengambil masa dua hari untuk berbincang dengan pemimpin dari ketiga-tiga parti sebelum menghadap bagi mendapatkan perkenan baginda.

"Saya bersyukur kerana Tuanku telah memperkenankan senarai yang telah saya persembahkan kepada Tuanku," kata beliau.

Isu mengenai exco Selangor dikhuatiri menjadi kecoh berikutan pandangan berbeza yang dimiliki sesama kem atau pasukan dalam PKR sendiri.

Semalam, Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin secara terbuka meminta komposisi exco dengan empat dari PAS dan masing-masing tiga dari DAP dan PKR disemak semula kerana PAS tidak menyokong langkah menukar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau berkata PAS sepatutnya hanya diberikan kuota sagu hati kerana tidak menyokong calon asal yang dicadangkan PKR dan DAP iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dan pimpinan PAS negeri pula, beberapa kali mengulangi kenyataan tidak akan meletakkan jawatan exco demi mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Difahamkan hanya satu nama exco yang kekal iaitu Dr Daroyah Alwi - ADUN Sementa yang merupakan exco kesihatan, pembangunan usahawan, sains, teknologi dan inovasi.

Beredar berasingan
Sementara itu, ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail diminta memberi laluan kepada orang lain.

Tempat mereka dikatakan bakal diganti oleh ADUN Rawang Gan Pei Nei dan seorang lagi calon dari kem Azmin, Amiruddin Shari, wakil rakyat Batu Caves.

Azmin dilihat memasuki Istana Mestika kira-kira jam 2.40 petang tadi ketika menteri besar itu menghantar senarai nama exco.

Mereka bagaimanapun menaiki kenderaan berbeza dan kemudiannya beredar secara berasingan.

Bagaimanapun dua lagi nama yang mungkin diketengahkan ialah Timbalan Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga ADUN Seri Setia dan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang dilihat berada di kem Azmin.

Sementara itu DAP dan PAS dilihat tidak mempunyai perubahan besar. DAP dijangka mengekalkan ADUN Sungai Pinang Datuk Teng Chang Kim dan ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dalam pilihan mereka.

Seorang lagi exco V Ganabatirao - ADUN Kota Alam Shah - dijangka mengekalkan jawatannya sebagai exco dari kaum India walaupun desas-desus beliau akan digantikan ADUN Bukit Gasing R Rajiv.

Sementara itu PAS pula berjaya dalam perjuangan mempertahankan kuota empat exco mereka selepas Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad semalam bertegas mempertahankan hal itu.

Iskandar yang juga ADUN Chempaka, Sallehen Mukhyi (ADUN Sabak) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (ADUN Sijangkang) dijangka mengekalkan jawatan serta portfolio masing-masing.

Bagaimanapun ada pandangan dari PAS bahawa Dr Halimah Ali (Selat Kelang) dijangka bakal digantikan kerana telah berkhidmat sejak 2008 untuk memberi laluan kepada exco baru.

9 orang berkata:

Anonymous said...

Ikut suka hg la azmin..
Hg pun mb takdir ja

Anonymous said...

Baru 4 hari jadi mb cakap dah mula berbelit belit. Kalau sebulan nanti, mau jadi lebih becabang lidah.
Yang pasti,lidahnya akan bercabang dalam isu bible dan pwnggunaan lalimah ALLAH oleh gereja.

Anonymous said...

Hau..!!! Yang ni aku dok tunggu.

Anonymous said...

Ini permulaan huru hara politik Selangor yg akan bermula lagi.dap cina terus jealous kpd pas.pas akan boring kpd pkr.anwar akan meremote si azmin.3 billion janji untuk Rakyat yg sukar untuk di tepati tapi akan di capati oleh mereka yg berkepentingan.Rakyat akan terus membayar segala cukai.macam umno/bn jugak lah kau orang.

Anonymous said...

Azmin akan kaji semula pemecatan anuar sebagai penasihat ekonomi selangor. Di zaman khlaid anuar tuntut rm.1.5 j sebagai elaun. ( 2019-2014) lebih kurang rm.300k. Setahun.
Zamin ni mungkin rm.1 j.setahun. kan selangor ada rm.3b. Yang khalid tinggal.

XUMNO said...

Sependapat denga Anon 4:30pm.Baru duduk dua hari atas kerusi MB dah mula cakap berbelit.Apa beza komposisi dengan kaota? Pemimpin2 Pas kena pantau Azmin ni.

Basar said...

YAB Azmin tidak putar belit. Apa yang berlaku telah ditetapkan, sudah tersedia rezeki 10 exco tersebut.
Jangan dipertikaikan kerana bukan kuasa YAB mahu pun DYM.
Lihatlah Nik Nazmi jadi exco walhal lantang menentang DYM.
Sudah rezeki dia.

Basar said...

Tidak perlu, kerana pas telah bersetuju. Lupakah saudara kerusi pas sudah kurang dua malah dap dan pkr tidak memerlukan pas untuk perintah selangor.

Namun YAB Azmin masih memberikan pas 3 kerusi di tambah dengan dua kerusi exco sekutunya bagi membolehkan beliau mempunyai sekurang-kurangnya 6 undi di dalam mesyuarat exco.
Malah dua daripada 4 ahli exco pas terdahulu dikekalkan.
Itu adalah tamparan kepada dap kerana dap dan nenek lampir mahu kerusi pas di hapuskan.

Pasti Yab azmin tidak mahu memberikan peluang kepada dap dan pkr untuk menekan beliau seperti mana tski dahulu.

Bijak-bijak

Anonymous said...

Is this worth for DAP after all the loyality shown to anwar?
Winner of the most seats ,15, just being awarded with 3 exco?
Speaker? Speaker had no say in making decision unless, when a tie happen.
Pkr had shown what they are. Greedy and power craze
With only 13 seats they took the most.
From a trojan horse dap will be hunting dogs to pkr.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.