Azmin dilantik MB: Guan Eng enggan komen
GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng enggan memberi
komen berhubung khabar angin menyatakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed
Azmin Ali akan dilantik menteri besar Selangor yang baharu menggantikan
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Kita belum dapat laporan rasmi. Kalau ada laporan rasmi baru saya akan buat komen. Selagi tidak ada laporan dan pengumuman rasmi daripada istana, saya tidak mahu buat komen.
"Dan kalau nak buat apa-apa komen, tunggu kita adakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) malam ini, lepas itu akan buat pengumuman rasmi," kata Setiausaha Agung DAP itu kepada pemberita di sini, hari ini.
Satu laporan berita menyatakan Mohamad Azmin yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa akan dilantik bagi menggantikan Abdul Khalid dan pengumuman dijangka dibuat oleh Istana Selangor hari ini.
Berhubung dakwaan soalan peperiksaan bagi subjek Bahasa Tamil dan Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bocor, Lim berkata, kebocoran itu adalah merupakan kelemahan dalam sistem kawalan dalaman.
Katanya kelemahan itu berterusan berikutan tiada tindakan serius diambil.
Semalam, Lembaga Peperiksaan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung dakwaan soalan peperiksaan bagi subjek Bahasa Tamil dan Matematik bocor selepas kes kebocoran soalan kertas Bahasa Inggeris dan Sains UPSR. - Bernama

10 orang berkata:
Tahniah YB Azmin ! hati-hati YB ya!! ... kat Selangor dah ada dua musuh , satu yang nyata dan satu lagi balik-sumpah iaitu PAS-PIS-PUS .... ha ha ha !!!!!
Macai umno kempunan x leh rampas selangor...maka dia guna strategi ke-2 iaitu melaga- lagakan agar prn berlaku.
Tahniah yb azmin ali yg dilantik mb baru selangor.. Kptusan presiden pas myerah nama 3 adun trmasuk azmin ali.. Kebijaksanaan tuan presiden dlm masalah krisis slangor..dan sultan perkenan yb azmin ali.. Yg dok komen pas-pis-pus tu x sekolah..pandai dlu baru bodoh balik.. Hai ada juga org cmni no d dunia ni.bangang smpai mati.
Pas tak musuhi azmin. nama azmin adalh antara 3 yg diberi kpd Sultan oleh Pas.
Pas hanya tak setuju kat azizah je
so xde masalah antara pas n azmin. dan dengar kabarnya org pas akn jd timb MB
so win - win untuk PAS
Beri ex Parti Komunis Malaya jaga soalan periksa lah
Hahaha... lepas mati dibangunkan semula masih kekal bangang..
Siapa yang cerdik dan siapa yang bodoh sekarang?
Aziz bari kata pas parti tak cerdik. Dam aziz bari juga berkata bahawa tuanki tidak ada kuasa menolak wan azizah ,kerana wan azizaj mendapat sokongan majoriti
Tapo pas tetap menjunjong perintah sultan dengan menghantar tiga nama.
pkt telah derhaka dengan mencalon sati nama sahaja.bila sultan murka pun,masih berdegil.
Akhirnya tuanku sultan berkenan melantik azmin,yang pkr sendiri pum tak calon.
Nah. Sekarang ,siapa yang berkuasa?
Siapa yang tak cerdik senenarnya?
PUAK-PUAK NI PAYAH NAK NGAKU BODOH
Suruh pps jagakah... Dimanduri oleh ayam kesayangan dap mat sabu
TGHH calonkan azmin, kami tak tolak pun. Kami sokong.
Yang meroyan anjing anwar dalam pas.
Yang meroyan orang pkr
Yang meroyan dap
Lepas ni kalau azmin buang exco pas dalam kerajaan pun kami tak marah malah sokong.....
Letak lah exco pkr dan dap...... Untuk mengelakan fitnah
Post a Comment