Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA YANG DI BUAT PERLULAH KENA

Kes saman: Anwar dijangka beri keterangan
  • Kes saman: Anwar dijangka beri keterangan
1 / 1
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung  kes saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
 
Pada 20 Januari lalu, Anifah berjaya dalam permohonannya di mahkamah Tinggiuntuk meminda pernyataan pembelaan beliau dalam kes saman‎ itu.
 
Pindaan yang dibuat adalah berhubung penambahan isu penawaran wang berjumlah RM100 juta oleh Anwar melalui seorang individu yang dikatakan rapat dengannya sebagai dorongan kepada menteri terbabit untuk lompat parti dan membawa masuk beberapa Ahli Parlimen dari Sabah bagi menyertai pembangkang.
 
Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Ahli Parlimen Kimanis itu dan peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar.
 
Berikutan keputusan tersebut, Anwar sekali lagi perlu datang ke mahkamah dan memberi keterangannya berhubung dakwaan tawaran wang ringgit tersebut.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.