DAP, Pas, PKR digesa kembali ke meja rundingan
Dr Afif Bahardin (kanan) pada sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya, hari ini. Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa semua pihak supaya menghentikan sebarang bentuk kecaman dan perselisihan secara terbuka yang boleh ‘membunuh’ masa depan PR.
Timbalan Ketuanya, Dr Afif Bahardin menegaskan kini bukan masa yang sesuai untuk menuduh dan menyalahkan mana-mana pihak kerana menamatkan kerjasama politik itu sejak 2008.
"Hentikan sebarang langkah yang tergesa-gesa yang akhirnya akan membunuh PR.
"PR adalah harapan rakyat Malaysia. Jika kita memilih untuk menghancurkan PR, bermakna kita memilih untuk membunuh aspirasi dan harapan seluruh rakyat Malaysia," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa PR tidak lagi wujud apabila parti itu memutuskan hubungan politik dengan Pas.
Keputusan itu dibuat berikutan Muktamar Pas pada 6 Jun lalu menerima usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa sebarang perbahasan.
Susulan pengisytiharan itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Rabu turut mengumumkan bahawa PR tidak lagi berfungsi secara formal selepas mengambil kira situasi politik semasa.
Mengulas lanjut, Afif selaku Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga menyeru kepimpinan tertinggi Pas, DAP dan PKR perlu kembali ke meja rundingan dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
"AMK menyeru kepada semua pimpinan untuk menunjukkan kesepaduan dan daya kepimpinan yang tinggi agar kembali menjadikan PR sebagai sebuah kerjasama politik yang menjadi harapan rakyat.
"Mereka juga perlu menumpukan seluruh perhatian untuk memperkukuhkan Kerajaan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dengan meneruskan agenda kepedulian terhadap masalah rakyat berteraskan Dasar Bersama PR," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai cadangan Pengerusi DAP, Tony Pua hari ini supaya mewujudkan kerajaan Gabungan di Selangor, beliau bagaimanapun berkata tiada keperluan ke arah itu.

0 orang berkata:
Post a Comment