Gempa susulan tidak jejas misi bantuan
LABUAN - Misi Bantuan Gempa Bumi Labuan yang membabitkan konvoi 10
jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
berakhir dengan jayanya di Kundasang hari ini.
Penyelarasnya Leftenan Junior (Maritim) Awil Kansari berkata gegaran
yang melanda Ranau dan Kundasang malam tadi dan pagi ini tidak
menjejaskan pelaksanaan misi itu.
"Kami bersyukur kerana program bersama-sama penduduk di Kampung
Mesilau, Kundasang berjalan lancar walaupun gegaran berlaku," katanya
kepada Bernama selepas menunaikan solat Tarawih dengan penduduk kampung
berkenaan malam tadi.
Menurutnya konvoi itu, yang belepas dari pulau ini pada 26 Jun, membawa
barangan keperluan bernilai lebih RM40,000 untuk mangsa gempa bumi di
Kundasang.
Awil berkata 25 kenderaan pacuan empat roda Miri Triton Club turut menyertai konvoi itu dengan membawa barangan keperluan bernilai kira-kira RM20,000 untuk diagihkan kepada mangsa.
Beliau juga menyampaikan penghargaan konvoi itu kepada kerajaan, pemimpin masyarakat, Anggota Dewangan Undangan Negeri Kundasang Datuk Masidi Manjun dan Anggota Dewan Undangan Negeri Ranau Datuk Dr Joachim Gunsalam serta Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli di atas sokongan mereka terhadap program itu. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment