Dera: Suami isteri direman empat hari
PASIR MAS - Ibu tiri serta bapa, Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5,
direman selama empat hari bermula hari ini (Isnin) bagi membantu
siasatan kes dera kanak-kanak perempuan tersebut.
Sebelum itu, pasangan itu ditahan di hadapan sebuah restoran di Jalan
Bayam, Kota Bharu pada jam 9 malam semalam sebelum dibawa ke Kompleks
Mahkamah Pasir Mas.
Perintah reman sehingga 2 Julai itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen / Majistret Pasir Mas, Rashid Mustapa.
0 orang berkata:
Post a Comment