Kes Dera: Polis cari sepasang suami isteri
RANTAU PANJANG - Pasukan polis cuba mengesan sepasang suami isteri bagi
membantu siasatan berhubung kes penderaan seorang kanak-kanak berusia
lima tahun, di Taman Rantau Mas.
Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata,
usaha mengesan bapa kandung yang bekerja sebagai peniaga dan ibu tiri
mangsa dijalankan dengan segera.
Menurutnya, kanak-kanak malang itu dipercayai berada di bawah jagaan
bapa kandung dan ibu tiri, selepas suspek berpisah dengan bekas
isterinya pada 2013 lalu.
Beliau berkata, Sana mendakwa, isteri baharu suaminya itu
menghubunginya kerana enggan menjaga anak mereka dan mahu menyerahkan
hak penjagaan kepadanya.
"Selepas mengambil mangsa, pengadu mendapati tubuh badan anaknya kurus
dan lemah, malah badan anaknya dipenuhi parut dipercayai didera.
"Bekas isteri lelaki itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai
Polis Rantau Panjang dan bagi mendapatkan kepastian, pengadu membawa
anaknya ke Hospital Golok kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan
Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, keesokkan harinya.
0 orang berkata:
Post a Comment