• Mustapha Yaakub Mustapha Yaakub
1 / 1
SHAH ALAM - Veteran Umno menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu talian hayat untuk meneruskan kepimpinan beliau sebagai presiden dalam parti itu.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pengumuman penangguhan pemilihan Umno bukan sesuatu yang luar kerana sebelum ini perlu berlaku.

“… Jadi kalau ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu maka bermakna mereka tidak faham dengan peruntukan dalam perlembagaan itu.



“Tuduhan mengatakan keputusan itu untuk melanjutkan kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak betul. Najib tidak perlu talian hayat untuk mengekalkan jawatan presiden. Sama ada pemilihan itu tahun ini atau tahun depan atau tahun 2018, tiada siapa yang mampu mengalahkan Najib,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Najib mengumumkan penangguhan 18 bulan bagi pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) di peringkat Bahagian dan Cawangan Umno, baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib umum tangguh pemilihan Umno]

Najib, yang juga Perdana Menteri berkata, penangguhan tersebut selaras dengan fasal 10.16 Perlembagaan Parti yang memberi hak kepada MT untuk menangguhkan pemilihan tersebut.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata veteran melihat keputusan menangguhkan pemilihan itu sebagai usaha untuk menguatkan 'solidariti' dalaman Umno yang sekarang goyah akibat isu-isu semasa dan serangan dari luar dan dalam parti.

“Oleh itu, Veteran Umno mengharapkan semua MT akan turun padang untuk bertemu ahli dan menjawab ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan tertinggi.

“Kita tidak mahu lagi melihat hanya beberapa kerat MT saja yang turun padang berdepan dengan kepimpinan bahagian dan cawangan mendengar masalah, rungutan dan rasa terkilan ahli terhadap pucuk pimpinan dan Kerajaan,” katanya.

Katanya, tempuh penangguhan ini hendaklah digunakan sepenuhnya di dalam pemulihan 'solidariti' di semua peringkat di seluruh negara.