Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALAHAI, YANG KELUAR PAS YANG PROESIONAL KECUNDANG YANG ADA MAJIKAN SELAIN DARI PAS

PAS mampu ganti Umno – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yakin PAS mampu menjadi sebuah parti yang kuat serta parti kepada orang Melayu dalam meningkatkan syariat Islam.

Beliau ketika ditemui Harakahdaily berkata, pemilihan pada muktamar lalu memberi kesan yang sangat besar berbanding pemilihan sebelum ini.

"Ada beberapa aspek yang memberi kesan kepada PAS apabila barisan kepimpinan yang didokong barisan ulama terutamanya dari sudut organisasi.

"Kita perlu duduk dan merangka strategi bagi memantapkan gabungan antara ulama, profesional dan aktivis parti," katanya.

Menurut beliau lagi, PAS perlu mantapkan cawangan dan meningkatkan keahlian supaya menjadi parti yang mendominasi dalam muafakat Pakatan Rakyat.

"Walaupun kita lihat ada masalah timbul PAS perlu menjadi parti yang kuat, kita ada keahlian lebih sejuta orang.

"Bukan sahaja kekuatan di dalam Pakatan Rakyat tetapi mampu mengambil alih Umno untuk teras kepada orang Melayu," katanya lagi.

Beliau ketika ditanya mengenai gambaran ada ahli yang akan keluar PAS berkata apa yang digembar gemburkan itu tidak akan berlaku sepertimana yang diperkatakan.

"Selagi kita pelihara asas kekuatan PAS, selagi mana kita berpegang teguh kepada dasar dan prinsip Islam, kita akan terus kuat.

"Begitu juga dalam isu rakyat kita bersikap anjal dan akan terus berjuang untuk mereka, apa yang kita perlu ingat perubahan muktamar itu merupakan isyarat untuk PAS kembali kepada perjuangan asal iaitu perjuangan Islam," sambung beliau lagi.

5 orang berkata:

Anonymous said...

PAS bukan saja boleh ganti Umno tapi dah jadi serupa Umno. PAS yg dulu bukanlah yg sekarang. Sesat lagi menyesatkan.

Anonymous said...

Kalau diri sendiri tidak boleh menyumbang kepada islam, janganlah dihina orang yang cuba menegakkan islam di bumi malaysia ni..

Anonymous said...

PAS membuat Islam nampak lagi terhina dgn akhlak ulamak2 dan ahli2nya yg samseng tak bertempat. Ayat Quran dan Hadis dipermainkan demi kepentingan politik sempit mrk.

Tanpa PAS, Islam tetap tertegak di Malaysia dan mana2 tempat di dunia.

Islam bukan spt Kristian yg memerlukan paderi mengampunkan dosa2 pengikutnya. Islam tertegak dlm diri individu dan Allah.

FIT said...

Semua komen tertelan pil kuda

pak gold said...

Semua komen gila kentang

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.