Saya yang cadang tangguh pemilihan
SEREMBAN - Bukan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang membawa
usul menangguhkan pemilihan parti, sebaliknya ia adalah suara yang
dipersetujui oleh ahli Majlis Tertinggi parti yang telah dibincangkan
bersama.
Malah Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengaku bahawa beliau yang mengetengahkan usul tersebut.
"Usul itu bukan Presiden Datuk Najib yang bawa, tapi saya yang bawa perkara itu, biarlah saya yang bertanggungjawab.
"Tidak sesuai diadakan pemilihan kerana saya percaya bila adanya pemilihan akan wujud perpecahan, ada pasukan...jangan sesiapa pun menafikan.
"Bila ada yang tak dapat tempat atau kalah, akan mengajuk atau menyimpan dendam pada parti yang akhirnya akan beri kesan pada kita," katanya.
Menurutnya, perkara paling penting ketika ini adalah usaha mengukuhkan parti sekaligus memastikan Umno dan BN menang pada PRU14 nanti.
[ARTIKEL BERKAITAN: Najib umum tangguh pemilihan Umno]
Jumaat lalu, Najib mengumumkan penangguhan 18 bulan bagi pemilihan
jawatan selaras dengan fasal 10.16 Perlembagaan Parti yang memberi hak
kepada MT untuk menangguhkan pemilihan tersebut.
Penangguhan pemilihan di kedua-dua peringkat ini tidak lebih dari 18 bulan dari tarikh sepatutnya pemilihan tersebut dilakukan.
MT mahu supaya kerajaan diberi masa menangani segala permasalahan dan
cabaran sekaligus membuktikan komitmen Umno dan kerajaan kepada urus
tadbir yang tulus dan telus.
0 orang berkata:
Post a Comment