ORANG MELAYU MEMANG TAK FAHAM TENTANG SYA'ER ARAB, LALU MEREKA GAGAH JUGA BUAT KOMEN YANG NEGATIF BAGI PEHAK PENENTANG HUKUM TUHAN, DEPA NI PUN SAMA MACAM PENENTANG HUKUM TUHAN JUGA, SIKITPUN TIADA BEZA, DALAM QURAN ALLAH ADA SEBUT "SEBURUK-BURUK BINATANG YANG MELATA DISISI ALLAH IALAH MANUSIA YANG TIDAK MAHU BERIMAN" ERTINYA JIKA SEBURUK-BURUK BINATANG ITU BUKAN ANJING ATAU SRIGALA AKAN TETAPI LEBEH BURUK DARI ANJING DAN SRIGALA, - Pak Karamu
Hadi tidak gelar orang lain anjing
SHAH ALAM - Ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi di Kepala Batas,
Pulau Pinang kelmarin bukan bertujuan menggelar orang lain sebagai
anjing.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya
Abdul Hadi telah memetik sebuah syair Arab sebagai kiasan.
“Dalam syair itu menyebut biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah
akan teruskan perjalanan. Biasanya masyarakat Arab yang pergi berjalan
di padang pasir akan berdepan dengan anjing atau serigala yang menyalak.
“Syair itu membawa maksud agar kabilah tidak takut dengan anjing dan
serigala dan teruskan perjalanan. Jadi ia sebagai kiasan atau kata-kata
semangat kepada kita agar jangat cepat menyerah dalam perjuangan
walaupun ada banyak cabaran,” katanya.
Menurutnya, beliau turut berada dalam ceramah tersebut dan ucapan Abdul Hadi perlu dilihat dalam konteks menyeluruh.
“Saya harap semua faham, ucapan ini bukan mengejek atau gelar sesiapa sebagai anjing.
“Ceramah Abdul Hadi berlangsung satu jam setengah, jadi tak boleh kita
ambil satu patah perkataan saja lalu perbesarkannya. Sebab bidalan itu
perlu dilihat konteks kiasan,” katanya.
Katanya, Abdul Hadi juga tidak menyebut mana-mana pihak dalam ucapannya itu.
“Ucapan beliau umum, tidak ditujukan atau menyebut mana-mana individu,
kumpulan atau parti. Jadi, tidak perlu sesiapa terasa,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment