Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BILA KEMUNCUP LEKAT DI STOKEN BUANGKAN SAHAJA STOKEN TUH, BUANG MASA !

Jangan leka 'mencabut kemuncup di stokin'




Muktamar Tahunan PAS ke-61 telah melabuh tirai. 'Istiqamah Hingga Kemenangan' menjadi pelan bertindak semasa untuk meneruskan perjuangan Islam di atas tanah air tercinta. Insyaallah, ianya akan dimunaqasyahkan ke seluruh negara dalam tempoh berakhir sebelum Oktober depan.

Justeru itu, semua saf kepimpinan PAS di semua peringkat (pusat, negeri, kawasan dan cawangan) mesti proaktif. Laksanakan amanah perjuangan dan usah terpedaya dengan pelbagai gangguan yang cuba melengahkan pergerakan kita.

Tanggungjawab kita ialah meneruskan baton perjuangan ini hingga kemenangan menjadi milik kita di dunia dan di akhirat.

Kita bukanlah orang yang memulakan perjuangan tetapi kita adalah mata rantai yang menyambung tradisi cemerlang yang telah dibina oleh kepimpinan dan generasi terdahulu. Maka kita sebagai waris perjuangan ini, jangan sekali-kali hampakan pewarisnya yang telah berjuang dan berkorban menjulang Islam ke mercunya.

Namun tidaklah kita sekadar berbangga dengan kecemerlangan yang diwarisi. Cabaran perjuangan ini mesti digalas dengan penuh amanah dan rasa bertanggungjawab. Bina prestasi perjuangan dengan penuh dedikasi. Jangan asyik dan leka 'mencabut kemuncup di stokin' hingga lupa melangsungkan gerak kerja untuk mencapai matlamat perjuangan.

PAS adalah wadah perjuangan untuk membina masa depan ummah yang sejahtera dan selamat dari cengkaman sistem politik Machiavelli yang menggunakan prinsip "matlamat menghalalkan cara" dan bebas jua dari sistem ekonomi kapitalis yang memeras golongan marhaen.

Justeru itu, ia mesti didukung oleh semua pihak yang menyimpan hasrat serupa. Jangan terperangkap dengan fitnah dikotomi ulama dan profesional, sedang struktur kepimpinan dan organisasi PAS sejak awal penubuhannya adalah terdiri dari gandingan mantap para alim ulama, profesional dan aktivis yang ikhlas berjuang.

Usah berpolemik lagi. Terus mara ke hadapan dengan optimis. Pacu perjuangan ini dengan tangkas. Rapatkan saf dan cerdaskan minda untuk terus berfikir mencipta pelbagai variasi perjuangan. Teroka ruang yang masih memerlukan kehadiran PAS. Luruskan jambatan dengan non muslim. Cerahkan kekeliruan persepsi awam kepada perjuangan PAS ekoran fitnah tabur yang begitu dahsyat.

Jentera penerangan di semua peringkat wajar mengoptimumkan fungsi dan operasi. Keluar dari zon selesa dan julang panji perjuangan ini dengan yakin dan bangga.

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Pusat.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pooodah cit!!! Siapa yg memulakan labelling 'ulama' dan 'professional'??? Siapa yg memperkenalkan 'geng ustaz' yg dok maki ahli PAS yg tak sependapat dgn 'so called ulama'??? Siapa yg mengajar 'ahli@perwakilan PAS guna 'cai' dlm pemilihan pd muktamar yg lalu (atau adakah perwakilan ni bangang hingga tak tahu menilai pemimpin). Dah dapek jawatan tu buek la keje. Cuma nak minta tolong buek keje tu guna la akal fikiran... bukan siku dan lutut. Memang kena lantikan ko jadi Ketua Penerangan... cakap jer pandai. Itu pun dlm kalangan ahli jer la. Dalam Parlimen... mcm tadak...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.