Najib umum tangguh pemilihan Umno
KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan
penangguhan 18 bulan bagi pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) di
peringkat Bahagian dan Cawangan Umno, hari ini.
Najib, yang juga Perdana Menteri berkata, penangguhan tersebut selaras dengan fasal 10.16 Perlembagaan Parti yang memberi hak kepada MT untuk menangguhkan pemilihan tersebut.
"Penangguhan pemilihan di kedua-dua peringkat ini tidak lebih dari 18 bulan dari tarikh sepatutnya pemilihan tersebut dilakukan.
MT mahu supaya kerajaan diberi masa menangani segala permasalahan dan cabaran sekaligus membuktikan komitmen Umno dan kerajaan kepada urus tadbir yang tulus dan telus.
"Ia diharap terus menambahkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan dan pentadbiran negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas berlangsungnya Mesyuarat MT di sini, hari ini.
Menurut Najib, penangguhan pemilihan tersebut bertujuan memberi ruang kepada kerajaan untuk memberi tumpuan kepada keperluan rakyat dari peringkat dasar mahupun peringkat akar umbi.
"Penangguhan ini juga bertujuan untuk memberi tumpuan kepada pengukuhan parti dan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan bagi menghadapi pilihan raya akan datang," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment