Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA AHLI PAS TIDAK TAHU DASAR MAKA MEREKA AKAN SESAT MEMBURU MATLAMAT

Pemimpin kena tolak mungkin teguran ahli

  • Ahmad Yakob Ahmad Yakob
1 / 1
KOTA BHARU - Penolakan beberapa kepimpinan utama Pas melalui Muktamar ke-61 parti Islam itu baru-baru ini bukanlah isyarat untuk mereka keluar dan menubuhkan parti lain.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebaliknya, keputusan yang dibuat melalui muktamar tersebut adalah mewakili perwakilan yang melihat sendiri kepimpinan ke arah dasar yang diperjuangkan Pas selama ini.

“Bagi saya, ia merupakan rutin biasa dalam mana-mana jemaah dan pertubuhan di mana perwakilan yang membuat keputusan. Mungkin itu satu teguran kepada pemimpin kita, mungkin ada yang dilihat tidak menepati dengan kehendak dasar,” katanya kepada media selepas merasmikan Kolokium Dasar Berkebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan parti baru akan ditubuhkan susulan selepas beberapa kepimpinan tertinggi utama yang membantu mencorakkan perjuangan pas sebelum ini ditolak ketika muktamar parti itu, bulan lepas.

Menurutnya, kepimpinan tersebut seharusnya menghormati keputusan yang dibuat dan menganggap ia satu teguran yang baik serta lebih bersikap terbuka dalam meneliti kembali gerak kerja dan juga tanggungjawab mereka kepada parti selepas ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut menegaskan, tidak semestinya pemimpin yang ditolak baru-baru ini akan menemui kegagalan yang sama juga untuk masa hadapan.

“Tidak semestinya kalah hari ini, dia akan kalah lagi selepas ini. Itu satu rutin biasa dalam mana-mana parti. Kita sendiri lihat Umno, dia (pemimpin) kalah pun tidak keluar parti atau tubuh parti baru.

“Tapi mesti melihat di mana kekurangan yang ada pada dia, di mana perwakilan melihat sesuatu mengikut kaca mata dasar, bukan melihat semasa. Adakah dasar yang dikuatkuasakan itu menepati atau tidak,” katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Tak habis2 lagi?
Ularmak kenapalah masih nak panaskan perasaan?
Islam ajar macam turrrr kot??

Anonymous said...

Sudahlah kau mamat ,teruskan perjuanagn kau.jangan peduli dengan pe,impin yang kau singgkirakan.janagn kau tuja hala kepada perwakilan sebab semua dah tahu perwakilan kau dah brainwash.otaknya dah jadi mamai dengan pil kuda ,denagn pil barua,denagn pil tolol,dengan pil kebon,munafiq haraki,macam2 pil mjadi alahamdullah semau peminpin tersebut telah tersisih dari parti yang mengaku islam tapi perangai ulamk seperti setamwaliyazubiilah.pi laaa.

Anonymous said...

Biar sesat dlm memburu matlamat jgn jd pengikut ajaran sesat mcm pentaksub2 Pas. Pas itu cuma parti politik dlm negara demokrasi. Pas hidup cari makan dlm kerajaan sekular masih tak sedar2 lagi. PAS sama dgn Umno, PKR, DAP dan lain2 parti politik dlm negara.

FIT said...

Semua komen tertelan pil kuda

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.