• Jailani Johari Jailani Johari
1 / 1


TERENGGANU - Penangguhan pemilihan Umno dijangka mampu memberi peluang kepada setiap bahagian parti itu diperkukuh dan diperkasakan.
 
Timbalan Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Jailani Johari berkata, beliau menyokong kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat bagi menangguhkan pemilihan yang dijadualkan pada tahun depan selama 18 bulan. 
 
"Saya menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden, kerana dengan adanya penangguhan tersebut, ia membolehkan setiap bahagian sekurang-kurangnya dapat diperkasakan dengan lebih jitu. 
 
"Kami tahu gerak kerja perlu disegerakan bagi menyiapkan diri untuk kami menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Ihya Ramadan Peringkat Parlimen Hulu Terengganu anjuran Unit Seranta Felda di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib dan Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Mohd Helmi Fakhzan Abdul Wahab.
 
Pada majlis yang dihadiri lebih 150 warga Felda tersebut, Jailani turut menyampaikan sumbangan berupa wang kepada 25 kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU). - Bernama