Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BISNES ORANG CARI MAKAN DAN POPULAR


JMM ugut Muhyiddin dedah orang tengah
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin.

 
KUALA LUMPUR - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanndin Hamzah hari ini mencabar bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan orang tengah yang sering bertemu dengannya untuk satu komplot politik.

Azwanndin mendakwa, setiap minggu beliau ditemui orang tengah itu untuk memujuknya bersama-sama dengan Muhyiddin.

"Sewaktu kemelut politik yang sedang berlaku, seorang ahli Majlis Tertinggi (MT Umno) yang juga ahli Parlimen dihantar beliau untuk menjadi 'messenger' (penyampai) bagi mewakilinya bertemu dengan saya setiap minggu.

"Saya minta pihak Tan Sri mendedahkan nama orang tengah ini. Jika tidak pusingan kedua iaitu 'Nothing to Hide 3.0', saya akan dedahkan siapa ahli Parlimen dan ahli MT tersebut. Saya cabar," katanya ketika berucap pada program 'Nothing to Hide 2.0 di sini, hari ini.

Beliau mendakwa didekati Muhyiddin melalui orang tengah itu bagi menariknya untuk menggerakkan agenda menjatuhkan kumpulan politik yang berada di atas pada masa ini.

"Dedahkan siapa ahli MT yang dihantar berjumpa dengan saya setiap minggu untuk merancang perkara-perkara tidak sepatutnya.

"Bukan semata-mata kerana kepentingan bangsa dan negara," katanya.

Program yang dijadualkan bermula jam 3 petang tadi bermula lewat setengah jam selepas tetamu yang dinanti tidak kunjung tiba.

Sekitar jam 3.25 petang, Azwanndin diiringi masuk ke lokasi program tanpa kehadiran Muhyiddin mahupun Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Mengulas lanjut, beliau akui hadir ke majlis anjurannya sendiri itu bukan untuk menyerang Muhyiddin.

"Pada peringkat awal saya mahu menggunakan jentera-jentera JMM untuk beliau tapi beliau sudah melanggar perjanjian dan saya mempunyai maruah.

"Maruah itu perlu ditebus dengan mendedahkan semua perkara yang dibincangkan dengan beliau," katanya.

Susulan jemputan pertama yang didakwanya telah dibuat kepada Muhyiddin itu ditolak dengan ketidakhadiran bekas pemimpin Umno itu, pihaknya akan terus menjemput untuk sesi akan datang.

Semalam, Muhyiddin melalui pegawai khasnya menafikan menerima jemputan terhadap majlis tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.