Indonesia sekali lagi digempar dengan letupan bom
05/07/2016 4:45pm
JAKARTA - Indonesia sekali lagi digemparkan dengan kejadian letupan bom apabila Markas Polis Komando Daerah (Mapolresta) di Solo diserang dengan letupan bom bunuh diri oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
Letupan bom itu berlaku di luar kawasan Malpolresta di Surakarta, Solo di Jawa Tengah pada kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi waktu tempatan tadi.
Ketua Biro Penerangan Masyarakat Polis Republik Indonesia, Agus Rianto berkata pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan, seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal secara tiba-tiba meletupkan bom dibadannya di hadapan balai polis berkenaan.
Katanya, dalam kejadian itu seorang anggota polis yang bertugas di luar kawasan balai berkenaan cedera parah akibat terkena ledakan bom berkenaan.
Beliau berkata, lelaki terbabit pada mulanya mahu memasuki balai polis itu atas alasan ingin membeli makanan sebelum ditahan oleh polis pengawal sebelum meletupkan bom. - Bernama
6 orang berkata:
Malaysia pun tak lama lagi jadi mcm ni laa. Ramai sangat bijak pandai fatwa kan org tu org ni kafir harbi (halal dibunuh) dan mcm2 jenis kafir bagai. Lepas tu ada la pulak yg impikan syurga dgn jadi syuhada. Masa tu seronok la hadi dan mufti pahang tuu.
Kepada pemerintah...
Fikir kan la mngapa rakyat udah start melawan.. mengapa?
Bukan tangkap rakyat.. betui kan keadilan dan haq rakyat balik. Jgn jadi Bomba la my goment pls.
Kepada pemerintah...
Fikir kan la mngapa rakyat udah start melawan.. mengapa?
Bukan tangkap rakyat.. betui kan keadilan dan haq rakyat balik. Jgn jadi Bomba la my goment pls.
Jgnla dok baca propa dari roketkini jer
Bila kafir hina islam x terasa...hina allah x terasa...bahaya ni
Kalau iktibar Ini tidak di insafi oleh seluruh kepimpinan Negara Malaysia, tidak lah Mustahil perlakuan demikian akan terjadi Di Malaysia yg DI cintai ini,.namun faktor kesempurnaan dan keamanan yg menunjangi keselamatan Negara akan terus terhakis adalah,.pemimpin yg mengamalkan kepentingan diri tanpa peduli kebajikan Rakyat terkait dan menjurus kearah, Rasuah, Merompak Harta Rakyat, sentiasa membohongi Rakyat dengan berbagai alasan dan janji Namun tidak ditepati,.kepentingan untuk kroni sebagi perlindung Utama kepada Kuasa memerintah,.Penindasan kepada Rakyat yg kontra pemahaman dan kontra kemunkaran yg sering dan dasar selera urustadbir Negara,.Dasar mencari kekayaan melalui pemilihan di PRU dengan melutut meminta sedekah daripada Rakyat namun, Rakyat langsong tidak di pedulikan setelah berjaya menjadi Pemimpin dan menjadi kaya raya sekelip mata, namun masih berkhayal atas kemewahan serta lupa dengan sokongan Rakyat dan berbagai,.semua ini akan dan munkin berlaku setelah permasalah seluroh Rakyat tidak di Imbangi dengan Keadilan menyeluroh melalui urus tadbir yg benar2 ikhlas, jujur kerana Allah Swt,.Maka jangan lah sewenenganya menuding jari kearah Rakyat,. Tuding jari2 itu kepada diri sendiri dan kepada peringkat kepimpinan melalui urustadbir yg tempang serta tidak berAmanah kepada Allah Swt,.Agama,.Negara dan Rakyat,.
Post a Comment