Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK POPULAR TAK KESAMPAIAN


Penonton berang, turunkan kain rentang
Nothing to Hide 2.0

KUALA LUMPUR - Program 'Nothing to Hide 2.0 anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bertukar sedikit kecoh apabila ada penonton bangun meninggalkan majlis selepas kira-kira setengah jam presidennya, Azwanndin Hamzah berucap.

Ketika Azwanddin sedang menyebut untuk mendedahkan kesalahan moral didakwa melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada penonton yang bangun menjerit 'nonsense' dan 'kami mahu dengar ucapan Tan Sri' sebelum meninggalkan majlis.

Malah ada yang kesal dengan tindakan JMM yang disifatkan menipu mereka untuk hadir ke program tersebut.

"Sebab nak dapatkan 'crowd' untuk majlis dia, dia tipu kita dengan guna nama Tan Sri Muhyiddin," kata salah seorang penonton yang enggan dikenali.

Di luar Kelab Darul Ehsan pula, ada penonton yang keluar tadi menurunkan kain rentang dipasang penganjur.

Seperti dijangka, Muhyiddin tidak muncul sehingga majlis tersebut selesai kira-kira jam 4 petang.

Azwanddin mendakwa, pihaknya telah menjemput Muhyiddin melalui surat rasmi dan mendapat persetujuan bekas pemimpin Umno itu dalam satu pertemuan sulit.

"Kita sudah buat jemputan secara terbuka. Hari ini telefon pun tak jawab.

"Kalau bukan sebab Tan Sri setuju, ingat senang nak sewa dewan, cetak hebahan ini semua?

"Ada yang kata program ini untuk burukkan nama Tan Sri. Tidak. Kita hanya mahukan kebenaran," katanya.


Sebelum ini, Muhyiddin melalui Pegawai Khasnya, Datuk Mohd Nardin Awang menafikan ada menerima sebarang jemputan penganjur atau bersetuju dengan mana-mana pihak untuk menghadiri program tersebut.

Mengulas soal tujuan program tersebut diadakan, Azwanddin berkata pentas tersebut sebagai ruang untuk Muhyiddin menjawab segala pertuduhan dan isu yang menimpa beliau.

"Saya jumpa beliau dan beliau setuju untuk hadir malah beri saya tarikh ini. Tapi akhirnya beliau tidak hadir.

"Beliau hanya cakap soal rosakkan imej beliau tapi beliau pernah fikir tak, ini rosakkan imej saya? Buat program tapi beliau tak berani tampil," katanya.

Selain Muhyiddin, satu lagi nama yang dicatatkan pada jemputan sebagai tetamu iaitu bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan juga tidak hadir.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.