Gambar aib PM: Penulis buku direman tiga hari
JOHOR BAHRU - Seorang penulis buku terkenal direman selama tiga hari
bermula hari ini, bagi membantu siasatan terhadap kes menyebarkan gambar
mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam kejadian
Jumaat lalu.
Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Norhidayah Abd Manaf
membenarkan penulis direman sehingga Selasa ini selepas mengambilkira
faktor kesihatan tertuduh yang menghidap kencing manis dan darah tinggi.
Mengikut faktas kes, pada Jumaat lalu kira-kira jam 7.00 pagi semasa
pengadu berada di rumah di Senggarang, Batu Pahat menerima mesej
menerusi aplikasi WhatsApp yang memaparkan gambar tidak senonoh Najib
yang dihantar oleh penulis.
Pengadu mendapati gambar berkenaan telah diedit dan menjatuhkan moral pemimpin pertama negara.
Penulis pada mulanya ditahan polis di kediamannya di Petaling Jaya,
Selangor pada Sabtu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama
empat hari mulai hari ini hingga 6 Julai (Rabu ini).
Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dia yang memakai baju lokap bewarna unggu dibawa ke mahkamah kira-kira jam 10 pagi tadi.
0 orang berkata:
Post a Comment