Keputusan Shafie tinggalkan Umno tidak memeranjatkan
KOTA KINABALU - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh
Said Keruak berkata, keputusan bekas naib presiden Umno, Datuk Seri
Mohd Shafie Apdal meninggalkan parti berkenaan tidak memeranjatkan
kerana ura-ura mengenainya sudah lama tersebar dalam kalangan anggota
Umno.
Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Umno Sabah berkata, hak meninggalkan parti itu adalah hak Mohd Shafie sendiri.
"Tindakan beliau itu sama-sekali tidak menjejaskan kekuatan Umno Sabah
kerana majoriti ahli parti menyokong perjuangan parti, dan bukannya
individu.
Umno Sabah tetap mendokong kepimpinan parti di bawah Presiden dan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Ketua Menteri Sabah,
Datuk Seri Musa Aman di peringkat negeri Sabah," katanya kepada Bernama
di sini hari ini.
Salleh berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Mohd Shafie
meninggalkan Umno hari ini. Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan
ketika menghadiri majlis Rakyat Bersama Ahli Parlimen Semporna, di
Semporna hari ini.
Menurut Salleh, setiap anggota Umno perlu akur dan patuh kepada sistem
parti dan beliau (Shafie) sudah tidak sehaluan dengan sistem parti, maka
adalah wajar dan lebih baik beliau meninggalkan parti.
"Yang penting sekarang adalah solidariti parti. Ahli-ahli perlu terus
bersatu menghadapi cabaran lebih besar membawa Malaysia ke ambang negara
maju," katanya. - Bernama
1 orang berkata:
jianbin0910
oakley sunglasses
louis vuitton handbags
louis vuitton outlet stores
giuseppe zanotti outlet
ugg boots clearance
oakley sunglasses
prada sunglasses for women
yeezy boost
louis vuitton handbags
fitflops shoes
moncler coats
michael kors outlet online
canada goose jackets
nike outlet store online
oakley sunglasses
north face jackets
michael kors canada
coach outlet
true religion jeans
louis vuitton outlet
mcm outlet
beats headphones
mulberry outlet
nike air huarache
chrome hearts
cartier uk
uggs outlet
true religion uk
chrome hearts eyewear
ugg outlet
mulberry handbags
mac cosmetics
ray ban sunglasses
Post a Comment