Hadi kepada Husam: Pas 'tak kisah'
MARANG - Pas ‘tidak kisah’ malah tidak terkesan dengan penyertaan bekas
Naib Presiden Pas yang juga merupakan Adun Salor, Datuk Husam Musa ke
dalam Amanah.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tidak boleh
menghalang keputusan Husam untuk menyertai Amanah kerana ia adalah
keputusannya sendiri.
“Itu terpulang (kepada keputusan) masing-masing, dia nak masuk parti
apa, negara kita (negara) demokrasi. Tidak mahu masuk parti…masuk parti,
atas pagar…terpulang pada dia (Husam), kita tidak boleh paksa.
“(Pas Kelantan) tidak akan tergugat. Insya-ALLAH makin teguh,” katanya
ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Asrama Baharu Banin (Putera)
di Kompleks Maahad Darul Quran, di Rusila di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Husam ikrar takluk Kelantan]
Dalam pada itu, beliau turut menyelar Husam kerana menggunakan nama
Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menggangap lebih ramai akan
mengikuti jejaknya menyertai Amanah jika Allahyarham masih hidup.
“Yang tahu benda akan datang ini Tuhan sahaja, dia (Tok Guru) dah
meninggal dunia, orang meninggal dunia ini dengan karamahnya yang
terdahulu, akan datang orang lain pula. Itu kenyataan yang jahil agama,”
katanya.
Abdul Hadi berkata, Allahyarham Nik Aziz sudah meninggal dunia dan
berharap ALLAH menerima semua amalan dan mengampuni segala dosanya
kerana setiap manusia ada amalan baik dan ada dosa kecuali nabi-nabi.
“(Semoga) Semua amalan-amalan Tok Guru diterima dengan sempurna, semua
kesilapannya diampunkan ALLAH Taala, (dan) ALLAH tinggikan martabat dia
di sisi ALLAH Taala,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa hubungan beliau lebih rapat dengan Allahyarham Nik Aziz berbanding Husam.
“Saya lebih rapat daripada Tok Guru daripada dia (Husam)… kalau tidak
percaya dengar kaset Tok Guru, apa Tok Guru komen tentang saya.
(Hubungan) saya lebih rapat dan lebih lama daripada dia (Husam) lagi,”
katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Marang itu turut memaklumkan setakat hari
ini tiada ahli Pas yang mengikuti jejak langkah Husam namun meminta
mereka yang mempunyai masalah dengan Pas agar meninggalkan parti itu.
“Ahli Pas tetap dengan Pas. Setakat ini tiada (ikut Husam). Semua
mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar daripada Pas, senang
sahaja...Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,”
katanya.
8 orang berkata:
Mudah2 ramai rakyat kelantan yang akan menyertai Amanah. Aminn Ya Rab.
Tiada satupun parti didunia boleh kekal selama2nya. Begitu juga dgn pas. Lama2 mereput lah dia. InshaAllah.
Insta Allah Pas akan terus kukuh dan bertambah kuat. Orang2 yang bermasalah dah banyak keluar.
Setuju tu..
Husam pasti tak setuju satu lawan satu sbb di Kelantan dia nak lawan 3 penjuru utk rampas Kelantan dari PAS.. Memberontak lagilah nampaknya husam lepas ni.. Lepas ni mungkin husam akan kata PAN ni asyik ikut cakap presidennya yg ada masalah performance dan goyang kaki utk bergabung dgn Bersatu hingga dia nak rampas kelantan pun tak boleh kerana PAN hanya menurut kehendak Bersatu agar hanya satu lawan satu di PRU14.
Bersiap sedialah dgn pemberontakan husam pula wahai PAN!
jianbin0924
michael kors outlet
louis vuitton
nike outlet store
mulberry handbags
coach outlet online
canada goose jackets
coach handbags
new balance outlet
ferragamo outlet
coach outlet canada
retro jordans
true religion jeans
nike air force 1
led shoes
links of london outlet store
michael kors outlet store
nike huarache
hermes belt
cheap jordans
adidas gazelle
hermes birkin
atlanta falcons jersey
longchamp bags
jordan 13
nfl jerseys
yeezy boost 350 v2
air jordan
led shoes
kate spade handbags
hermes belt
Post a Comment