Bersatu dakwa RoS lulus parti 9 September
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bakal meluluskan permohonan pendaftaran
parti itu selewat-lewatnya 9 September ini.
Setiausaha Penajanya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, dalam
pertemuan semalam, RoS memaklumkan kepada Presiden Penaja Bersatu, Tan
Sri Muhyiddin Yassin bahawa pihaknya tiada alasan untuk melengahkan
kelulusan permohonan tersebut.
“Ini adalah kerana kita telah menepati segala kehendak dan syarat yang
telah ditetapkan dalam permohonan bagi penubuhan sesebuah parti politik
baru.
[ARTIKEL BERKAITAN: Daftar ahli Bersatu, tunggu ROS lulus]
“Pihak RoS menjelaskan bahawa pihak mereka tiada sebarang halangan
tentang tarikh tersebut memandangkan permohonan kita telah dikemukakan
dengan kemas, lengkap dan tersusun bagi permohonan sesebuah parti
politik baru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 9 Ogos lalu, Muhyiddin menghantar permohonan pendaftaran parti baharu itu di pejabat RoS di Putrajaya.
Dalam pada itu, menurut Kamarulazman, wakil RoS berpuas hati dengan
usaha dilakukan pihaknya dalam melaksanakan perubahan yang perlu
terhadap segala teguran dan cadangan RoS.
“Kita mengharapkan tiada lagi sebarang halangan bagi kelulusan
penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia selaras dengan kenyataan Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Dalam Negeri bahawa permohonan ini akan diluluskan tanpa sebarang
masalah,” katanya.
3 orang berkata:
Pas akan diganti oleh Amanah. Umno akan diganti oleh Bersatu.
Tiada jalan lain kecuali pas bergabung dgn umno. Lepas tu lantik Hadi jadi PM.
Alhamdulillah semoga jadi kenyataan TGHA memimpin Malaysia!!
Semoga UMNO akan lenyap setelah wujudnya BESATU dan diikuti pula oleh PAN!!
jianbin0924
michael kors outlet
louis vuitton
nike outlet store
mulberry handbags
coach outlet online
canada goose jackets
coach handbags
new balance outlet
ferragamo outlet
coach outlet canada
Post a Comment