Ezam umum keluar Umno
SHAH ALAM - Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini membuat keputusan keluar daripada Umno.
Menyifatkan ia tindakan sukar, namun kata Ezam, tindakan itu dilakukan
demi mempertahankan prinsip perjuangannya yang ingin membawa perubahan
terhadap negara ini.
"Hari ini 1 Muharam 1438H saya membuat keputusan untuk tidak lagi
bersama parti Umno," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.
Katanya, sebelum ini beliau menyertai Umno pada Mei 2008 atas prinsip
yang sama, iaitu untuk melakukan perubahan besar dalam usaha memerangi
rasuah dengan menggubal akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) menggantikan akta Badan Pencegahan Rasuah (BPR).
Turut menjadi tumpuan adalah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) .
"Perubahan itu benar berlaku sejurus selepas kemasukan saya ke dalam
parti Umno dan SPRM yang lahir dari akta baru itu jauh berbeza
berbanding BPR dalam banyak aspek.
"Ya saya pernah dipenjarakan di bawah kedua-dua akta ini namun yang
lebih penting ialah saya percaya kedua-dua akta ini sering menjadi
hambatan kepada perjuangan melawan jenayah rasuah," katanya.
Ujarnya lagi, dalam tempoh menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 2010
hingga 2014, ISA dibahas dan dimansuhkan, sementara OSA tiada
tanda-tanda akan berlaku perubahan.
Ezam berkata, bagaimanapun beliau tetap bersangka baik kepada kerajaan
transformasi di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan
melakukan segala usaha 'mempengaruhi' pentadbiran agar melakukan
perubahan khususnya ke atas OSA.
Namun, dakwanya, OSA sebaliknya digunakan ke atas laporan Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam kes membabitkan syarikat pelaburan
negara 1MDB.
"OSA bukan sahaja tidak digubal tetapi digunakan atau lebih tepat lagi
disalahgunakan ke atas laporan PAC kes 1MDB. Satu kes yang langsung
tidak membabitkan soal keselamatan negara yang mewajarkan penggunaan
OSA.
"Ini adalah sejuta langkah ke belakang di dalam proses transformasi yg dilaungkan menjadi teras kerajaan," katanya.
Justeru Ezam berkata, beliau membuat teguran terbuka bagi mendesak tindakan salah itu diperbetulkan, namun tidak diendahkan.
"Beberapa bulan berlalu. Tiada tindakan pembetulan. Malah media dan
beberapa kerat pemimpin digunakan memomokkan teguran saya. Dan tidak ada
seorang pun pemimpin umno yang bersuara memperbetulkan keadaan.
"Maka saya sedar saya bukan lagi di dalam satu parti dan jemaah yang
serius mahu lakukan pembaharuan dan islah lebih-lebih lagi apabila ia
menyangkut soal rasuah dan penyelewengan," katanya.
Beliau turut membuat keputusan menamatkan perkhidmatan di Kementerian
Kewangan enam bulan lalu, setahun lebih awal daripada kontrak
perkhidmatannya yang berakhir 1 April 2017.
2 orang berkata:
Ha ha ha..ezam ezam. Dah lah.semua orang dah kenal kamu. Tak payah lah susah payah nak cari alasan untok menghalal kan tindakan kamu.
Dedak dah habis ke?
Dia akan join bersatu...misi rosakkan parti pembangkang. Masih org umno percayalah.
Post a Comment