Pas tegur tindakan kumpulan baju merah
SHAH ALAM - Pas tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan baju merah sehingga menyebabkan berlaku kekecohan di Teluk Intan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak lain tidak
sepatutnya mencetuskan suasana tidak tenteram mahupun melanggar
undang-undang semata-mata tidak bersetuju dengan penganjuran Bersih 5.
"Tindakan gerakan baju merah itu sesuatu yang tidak begitu elok berlaku dalam konteks demokrasi negara kita.
"Bersih 5 mahu buat himpunan itu biarlah mereka ikut keperluan
undang-undang yang perlu dipenuhi seperti Akta Perhimpunan Aman dan
sebagainya.
"Bukannya pihak lain pula ambil tindakan sampai melanggar
undang-undang. Jadi, Pas tidak bersetuju dengan cara kumpulan baju merah
ini walaupun Pas tidak menyertai Bersih 5," katanya kepada Sinar
Online.
Kelmarin, polis menafikan berlakunya pergaduhan besar di Teluk Intan
seperti yang didakwa sebaliknya hanya insiden tolak menolak berlaku
antara penyokong Bersih 5 dan kumpulan NGO Malaysia itu yang diketuai,
Datuk Jamal Md Yunos.
Sebelumnya, penyokong NGO Malaysia berkumpul di hadapan pejabat Amanah
Teluk Intan bagi menghalang peserta Konvoi Bersih 5, daripada
menghampiri Pasar Malam di Teluk Intan.
Beberapa klip video berkaitan insiden itu juga telah dimuat naik secara meluas di media sosial sejak semalam.
0 orang berkata:
Post a Comment