Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANDAINYA NAJIB, ROSMAH, MUSA HASAN DAN YANG LAIN MENGELAK ..

Anuar diarahkan membela diri dalam kesnya, pembelaan diri ini sudahpun dipertikaikan oleh banyak pehak termasuk pakar undang-undang Aziz Bari dari University Islam Antarabangsa, dalam kes ini peguam Anuar Karpal Singh dan yang lainnya gagal menangkis hujah pendakwa raya kerana keputusan Mahkamah mempercayai bahawa Saful dipercayai oleh hakim dia benar-benar kena liwat setelah barang kesnya diterima balik oleh Mahkamah setelah ditolak pada peringkat awal, disini orang ramai sudah nampak bahawa mahkamah mahu mengenakan Anuar

Kes liwat ini sama ada ia benar-benar berlaku ataupun tidak ia tidak timbul dalam penghakiman kes ini, apa yang dilihat oleh orang ramai ialah perbicaraan ini 75% menjurus kepada dendam politik kerana banyak isu yang berkait dengannya banyak melibatkan muslihat politik seolah-olah terdapat camput tangan gatal mulut dari suara mahkamah terlepas kepada pehak luar kemudian anggota parti luar dan NGO tertentu masuk campur tangan seolah-olah mendorong mahkamah mengambil perhatian
Ada pandangan orang luar berkata bahawa jika kes liwat  ini dimenangi oleh Anuar Ibrahim setelah barang kesnya ditolak oleh mahkamah maka Anuar dikatakan akan diperangkap pula dengan kes yang lain supaya menguatkan bahawa Anuar ini memang seorang pemimpin yang kaki maksiat, ia juga sebagai dorongan kepada perbicaraan yang sedang berjalan, ternyata andaian ini benar kerana sedang berjalannya kes ini maka kes video sex pula menanti Anuar Ibrahim dan ini benar-benar berlaku seolah-olah ada pehak yang mahukan Anuar berehat terus dari arena politik dan ini kelihatan tersangat jelas

Musuh-musuh Anuar dari kalangan pemimpin UMNO dan orang ramai dari kalangan parti tersebut tidak putus-putus menggodam Anuar dengan perangai maksiatnya sehinggakan berita maksiatnya mendahului bukti yang jelas yang belum lagi dibuktikan, ini menunjukkan seolah-olah mereka gerun dengan pengaruh politik Anuar yang semakin berkembang bersama PR sekalipun dikalangan ulama dari parti tersebut melarang menjatuhkan aib orang lain kerana ada larangan agama berbuat demikian akan tetapi semua itu tidak dihiraukan, mengapa ? Ini menunjukkan ada cubaan mendesak supaya Anuar berhenti dalam berpolitik

Dalam kes liwatnya Anuar telah diputuskan untuk membela diri pada 6 Jun depan, pembelaan diri ini sudahpun dipertikaikan oleh pakar undang-undang namun suara mereka yang mempertikaikannya pasti tiada yang suka mendengarnya, apa yang menariknya ialah PM dan isteri akan dilibatkan bersama Musa Hassan dan bekas athlit negara iaitu Mumtaz yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan kerana pada peringkat awal nama mereka ada disentuh dalam perbicaraan Anuar ini, persoalannya adakah mereka yang ternama ini akan bersetuju memberikan keterangan di Mahkamah ? Andainya mereka tidak bersetuju maka dunia luar dan orang ramai akan nampak kes liwat ini adalah masalah politik bukan masalah pribadi

Kes ini akan lebih menarik lagi apabila orang kenamaan terlibat sama memberi keterangan, silap-silap cakap maka mereka pula yang akan menderita, sekarangpun mereka telah dibagi tahu akan menghadiri keterangan di mahkamah dan sudah ada yang mula rasa gelisah maklum saja mereka akan berhadapan dengan peguam yang tersangat berpengalaman iaitu karpal singh, dan apa yang jelas bukan sahaja VVIP yang akan dipanggil merasa gelisah bahkan hakim juga sudah merasa rimas dengan kes ini demikian juga pendakwa raya









0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.